UMNO Jelebu, Ketereh sokong Ismail Sabri calon Perdana Menteri ke-10

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Sumber (gambar): Fail TTF

امنو جيليبو، كتيريه سوكوڠ اسماعيل صبري چالون ڤردان منتري ك-10

UMNO Bahagian Jelebu menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob sebagai calon Perdana Menteri Ke-10 sekiranya BarisanNasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Usul berkenaan diluluskan Mesyuarat UMNO bahagian berkenaan di Kompleks UMNO Jelebu, di sini hari ini.

Semalam, UMNO Bahagian Ketereh sebulat suara menyokong pencalonan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Ke-10 dalam menghadapi PRU15.

Bahagian itu juga merakamkan kesyukuran dan setinggi-tinggi tahniah kepada pentadbiran kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Ismail Sabri yang berjaya melakar pelbagai kejayaan dan prestasi cemerlang.

Ketuanya, Datuk Seri Jalaluddin Alias, berkata keputusan itu senada dengan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang sebelum itu sudah membuat ketetapan mengenai perkara berkenaan.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

“Keputusan memilih Datuk Seri Ismail Sabri adalah kesinambungan daripada apa yang diputuskan dalam mesyuarat MKT yang sudah membuat keputusan sebelum ini.

“Ini keputusan parti yang kemudian disambut oleh akar umbi dalam kita membuat satu kemuafakatan demi kebaikan UMNO bagi menghadapi PRU kali ini,” katanya ditemui selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parlimen Jelebu.

Hadir sama, Timbalan Ketua UMNO bahagian yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui, Mohd Razi Mohd Ali dan Naib Ketua bahagian yang juga ADUN Pertang, Azmi Yusof.

Jalaluddin berkata, pencalonan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri tidak perlu dipersoalkan kerana yang penting keputusan parti perlu diterjemaahkan menjadi kenyataan.

Katanya, setakat ini keputusan mencalonkan Naib Presiden UMNO sebagai Perdana Menteri Ke-10 adalah muktamad dan ia disokong oleh UMNO Bahagian Jelebu.

Semalam, UMNO Bahagian Ketereh sebulat suara menyokong pencalonan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Ke-10 dalam menghadapi PRU15.

Loading...

Sokongan itu adalah salah satu daripada lima usul yang dipersetujui sebulat suara pada Mesyuarat UMNO Bahagian Ketereh.

Bahagian berkenaan juga menyokong segala usaha kerajaan pimpinan Ismail Sabri yang memberikan keutamaan kepada usaha transformasi kerajaan, khususnya transformasi Parlimen, peralihan ke fasa endemik, pemulihan ekonomi negara, menangani inflasi dan kos sara hidup rakyat, membela nasib rakyat serta mengekalkan keamanan dan perpaduan Keluarga Malaysia berteraskan prinsip Kebersamaan, Keterangkuman dan Kesyukuran.

Bahagian itu juga merakamkan kesyukuran dan setinggi-tinggi tahniah kepada pentadbiran kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Ismail Sabri yang berjaya melakar pelbagai kejayaan dan prestasi cemerlang.

THE THIRD FORCE

Daripada laporan Berita Harian

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...