UMNO kacau bilau, nasib beberapa pemimpin diketahui malam ini

Menurut laporan media, Khairy berkata beliau tidak terkejut jika digantung atau dipecat meskipun prosesnya tidak melalui Lembaga Disiplin. Sumber (gambar): Fail TTF

امنو كاچاو بيلاو، نصيب ببراڤ ڤميمڤين دكتاهوي مالم اين

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Nasib beberapa pemimpin UMNO samada digantung atau dipecat akan diketahui selepas mesyuart khas Majlis Kerja Tertinggi parti yang dijadualkan berlangsung malam ini.

Antara nama yang menjadi tumpuan ialah bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, yang sebelum ini secara terbuka mengkritik kepimpinan UMNO, termasuk tindakan cuba menghalang pertandingan jawatan presiden dan timbalan presiden.

Menurut sumber, lima Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah dikatakan bakal digantung keahlian kerana memberikan sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu siri pergolakkan politik yang dicetuskan oleh orang kuat presiden, Datuk Seri Bung Moktar.

Kelima-lima ADUN berkenaan membuat akuan bersumpah bagi meyokong kepimpinan Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah sehingga tamat penggal penuh dan tidak melanggar sebarang ketetapan UMNO, memandangkan mereka bebas membuat keputusan selaku ADUN yang mengangkat sumpah jawatan.

Menurut laporan media, Khairy berkata beliau tidak terkejut jika digantung atau dipecat meskipun prosesnya tidak melalui Lembaga Disiplin.

Menurutnya, ini kerana terdapat beberapa pemimpin lain sebelum ini yang tidak diberikan ruang untuk mempertahankan diri.

Bagaimanapun, Khairy memberitahu beliau setakat ini belum menerima sebarang panggilan atau surat daripada Lembaga Disiplin bagi memberi keterangan atau alasan daripada pihak berkenaan mengapa beliau perlu dipecat atau digantung.

Menurut sumber, lima Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah dikatakan bakal digantung keahlian kerana memberikan sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu siri pergolakkan politik yang dicetuskan oleh orang kuat presiden, Datuk Seri Bung Moktar.

Kelima-lima ADUN berkenaan membuat akuan bersumpah bagi meyokong kepimpinan Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah sehingga tamat penggal penuh dan tidak melanggar sebarang ketetapan UMNO, memandangkan mereka bebas membuat keputusan selaku ADUN yang mengangkat sumpah jawatan.

Sumber juga memaklumkan TTF bahawa MKT pusat mahupun kepimpinan UMNO Sabah tidak membuat sebarang penetapan dasar berhubung sokongan terhadap Hajiji.

Beberapa nama pemimpin lain yang lantang mengkritik kepimpinan pusat turut menjadi sebutan, antaranya, Tan Sri Noh Omar dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Loading...

THE THIRD FORCE

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...