UMNO koyak rabak: Pemecatan KJ, penggantungan Hishammuddin sebab Zahid takut hilang jawatan TPM

“Timbul syak dan keyakinan bahawa Zahid hanya mementingkan jawatan presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri agar kemungkinan beliau dibebaskan atau didapati tidak bersalah meningkat. Saksikan penjelasan video di sini (KLIK LINK MERAH INI)

Raggie Jessy Rithaudeen

12 Januari lalu, Khairy Jamaluddin mengesahkan bahawa presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bersedia untuk mempertahankan kedudukannya dalam parti sekiranya dicabar.

Khairy berkata, kesediaan itu dimaklumkan sendiri oleh Zahid ketika mereka terserempak sewaktu menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC).




Namun, semua perwakilan terkejut apabila usul yang melarang sesiapa daripada mencabar presiden diluluskan, dan mereka yang sehaluan dengan Zahid mendakwa keputusan itu mengikat.

TONTON PENJELASAN VIDEO DI SINI

Bagaimanapun, perlembagaan parti menetapkan bahawa presiden dan timbalan presiden perlu dipilih setiap tiga tahun dan memberikan hak sepenuhnya kepada semua ahli aktif untuk menamakan diri mereka sebagai calon tanpa syarat.

Manakala itu, kesahihan apa jua keputusan yang dicapai pada PAU atau mana-mana platform parti, termasuk MKT, adalah tertakluk kepada syarat bahawa keputusan itu serasi, koheren dan tidak menentang perlembagaan parti.

Ini bermakna, jika mana-mana keputusan yang dicapai merampas hak ahli UMNO sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan parti, ianya boleh ditolak atau diabaikan.

Zahid tahu perkara ini, dan begitu juga beberapa pemimpin parti yang pernah berbincang dengan saya.

Pendek kata, Zahid tahu bahawa Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Noh Omar berpotensi mencabarnya pada pemilihan UMNO dan menang.

Jika Zahid kalah, tidak mustahil presiden baharu akan menarik sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menjarakkan diri daripada DAP.

Loading...

Inilah yang akar umbi mahu, dan apa jua inisiatif untuk mengembalikan zaman kegemilangan UMNO perlu merangkumi langkah keluar kerajaan dan menjadi pembangkang agar UMNO boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada penjenamaan semula parti.

Namun, tanpa berada dalam kerajaan, Zahid tidak akan bergelar Timbalan Perdana Menteri.

Kini sahaja, sudah wujud risiko nyata Mahkamah Tinggi tertekan kerana jawatan Zahid dan juga sikap Zahid yang membenarkan dirinya diiringi pasukan keselamatan ketika ke mahkamah untuk perbicaraan.

Zahid juga telah memohon supaya pasportnya dikembalikan, sedangkan pasport itu ditahan sebagai sebahagian daripada syarat jaminan.

Pada hemat saya, permohonan ini melibatkan elemen salah guna kuasa, kerana Zahid menggunakan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri sebagai alasan kenapa pasportnya perlu dikembalikan.

Bukankah ini satu bentuk tekanan kepada mahkamah, dan mampukah Zahid memberi tekanan-tekanan sebegini sekiranya hilang jawatan Timbalan Perdana Menteri?

Barangkali inilah yang menjadi asas kepada pemecatan Khairy Jamaluddin dan penggantungan keahlian Hishammuddin dan Noh Omar.

Alasan yang diberikan tidak masuk akal, kerana kesemua yang dipecat dan digantung hanya melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli parti yang sayangkan kebenaran.

Ini termasuklah Khairy Jamaluddin, yang menegaskan bahawa tindakan meluluskan usul untuk halang presiden daripada dicabar merupakan satu “kegilaan.”

Hismammuddin pula tidak melanggar perlembagaan parti apabila mengkritik Zahid berhubung pertandingan jawatan presiden, mahupun ketika beliau menandatangani akuan bersumpah sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malah, sokongan Hishammuddin terhadap Muhyiddin adalah dalam kapasiti beliau sebagai ahli Dewan Rakyat, dan disebabkan itu, beliau berhak membuat sebarang keputusan tanpa perlu rujuk kepada parti politik.

Perlembagaan Persekutuan jelas dalam hal ini, di mana babak-babak berkait pelantikan Perdana Menteri dan tugas ahli Dewan Rakyat adalah buta parti dan bersandar sepenuhnya kepada kuasa Yang di-Pertuan Agong dan sokongan ahli Dewan Rakyat, antara lain.

Sebaliknya, Zahid terang-terang melanggar ketetapan “no Anwar, no DAP” yang masih berkuatkuasa selepas Pilihan Raya Umum ke-15, apabila beliau memperdaya semua ahli parlimen Barisan Nasional dan Yang Di-Pertuan Agong untuk membantu naikkan Anwar sebagai Perdana Menteri (BACA PENDEDAHAN PENUH DI SINI).

Zahid melakukan kesalahan ini sebanyak dua kali – sekali sebelum PRU15, dan sekali lagi selepas PRU15.

Zahid sebenarnya tahu bahawa segala yang dilakukannya sedang memusnahkan UMNO dan berkemungkinan tinggi telah ‘menghalau’ saki baki pengundi tegar yang masih bersama parti.

Namun, beliau nampaknya tidak kisah apa yang orang fikir asalkan beliau kekal sebagai presiden UMNO.

Atas dasar itulah timbul syak dan keyakinan bahawa Zahid hanya mementingkan jawatan Timbalan Perdana Menteri agar kemungkinan beliau dibebaskan atau didapati tidak bersalah meningkat.

Apa yang terjadi kepada UMNO bukan lagi dalam pertimbangannya, dan ini terbukti apabila Zahid sendiri mengaku pada konvensyen MIC bahawa pembubaran awal parlimen bersangkut paut dengan kes mahkamah yang dilaluinya, tidak lebih dari itu.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...