UMNO mungkin digantung oleh RoS

Ketika ditanya sekiranya ada kemungkinan UMNO akan diharamkan, Masyati berkata terdapat pelbagai proses yang perlu dilalui sebelum sesebuah parti itu diharamkan. Sumber (gambar): The Star Online

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), Masyati Abang Ibrahim, pihaknya sedang meneliti memorandum yang mendesak supaya UMNO diharamkan kerana didakwa menerima wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Kita sudah melihat senarai dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), iaitu termasuk individu, persatuan yang berdaftar serta parti politik. Dari segi parti politik, kita ada menerima beberapa memorandum desakan untuk menyatakan apa tindakan selepas SPRM mengeluarkan senarai terbabit.

Isnin lalu, Pemuda Pakatan Harapan (PH) menghantar memorandum kepada ROS bagi menggesa tindakan keras dikenakan ke atas UMNO yang didakwa menerima dana berjumlah RM212 juta daripada 1MDB.

TTF: Menurut beberapa sumber yang sahih, UMNO mungkin digantung pendaftarannya berdasarkan senarai pelucutan hak yang diumumkan baru-baru ini oleh Latheefa Koya.


PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) sedang meneliti memorandum yang mendesak supaya UMNO diharamkan kerana didakwa menerima wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Pengarahnya, Masyati Abang Ibrahim, berkata pihaknya sudah menerima memorandum berkenaan termasuk yang diserahkan kepada ROS di beberapa negeri termasuk Kelantan, Perak dan Perlis.

Katanya, penelitian terhadap memorandum dan dokumentasi berkenaan akan dibuat berdasarkan peruntukan serta bidang kuasa yang termaktub di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan Pertubuhan 1984.


“Kita sudah melihat senarai dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), iaitu termasuk individu, persatuan yang berdaftar serta parti politik. Dari segi parti politik, kita ada menerima beberapa memorandum desakan untuk menyatakan apa tindakan selepas SPRM mengeluarkan senarai terbabit.

“Tindakan kita ketika ini ialah meneliti memorandum berkenaan mengikut bidang kuasa yang diberikan, tidak lebih dari itu. Buat masa ini, kita tidak akan menyatakan apa-apa kerana perkara ini turut berada (dibicarakan) di mahkamah.

“Tiada tempoh masa ditetapkan untuk proses penelitian kerana (kemungkinan) ada lagi perkara (lain) dari masa ke semasa,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Jelajah Himpunan Sinergi Pertubuhan Kebangsaan Tahun 2019 (HiPER’19), di sini hari ini.

Ketika ditanya sekiranya ada kemungkinan UMNO akan diharamkan, Masyati berkata terdapat pelbagai proses yang perlu dilalui sebelum sesebuah parti itu diharamkan.

“Kita tidak boleh kata ia akan diharamkan atau sebaliknya, kerana kita dalam proses meneliti dahulu. Banyak proses yang kita akan lihat, sekiranya ada yang tidak mematuhi akta di bawah bidang kuasa kita, kita akan maklumkan.

Isnin lalu, Pemuda Pakatan Harapan (PH) menghantar memorandum kepada ROS bagi menggesa tindakan keras dikenakan ke atas UMNO yang didakwa menerima dana berjumlah RM212 juta daripada 1MDB.

Ketua Penerangannya, Ulya Aqamah Husamudin, dilaporkan berkata perbuatan rasuah itu adalah jenayah yang tidak boleh dimaafkan kerana wang 1MDB sepatutnya digunakan untuk pembangunan ekonomi negara bukan untuk kepentingan parti dan kegunaan UMNO.

Sumber:

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...