UMNO, PAS bakal menubuhkan kerajaan Penyatuan Ummah di empat negeri

UMNO dan PAS bakal menubuhkan kerajaan campuran dikenali sebagai Kerajaan Penyatuan Ummah ini di Terengganu, Pahang, Kelantan dan Perlis. Sumber (gambar): Utusan Online

JASIN: UMNO berhasrat mewujudkan kerajaan campuran dikenali sebagai kerajaan Penyatuan Ummah di empat buah negeri yang kini ditadbir Barisan Nasional (BN) dan Pas.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, hasrat itu telah dibincangkan dengan Pas pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas kedua-dua parti, baru-baru ini dan ia masih di peringkat cadangan sebelum tindakan lanjut.




Bagaimanapun jelasnya, satu jawatankuasa kerja telah diwujudkan di peringkat UMNO yang dipengerusikan Naib Presiden, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang akan bertindak sebagai penyelaras bersama jawatankuasa dibentuk Pas kelak.

“Sebab itu saya bincang dengan Pas tempoh hari, kalau boleh kita mulakan dulu kerajaan campuran dikenali sebagai Kerajaan Penyatuan Ummah ini di Terengganu, Pahang, Kelantan dan Perlis.

“Manakala di Perak dan Kedah yang mempunyai perbezaan kecil kerusi antara BN, Pas dan Pakatan Harapan (PH) juga kita akan ‘goncangkan’ agar mereka (PH) tidak senang duduk,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Khas bersama kepemimpinan UMNO Melaka di Kampung Parit Penghulu, Sungai Rambai, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad dan Timbalan Ketua UMNO Jasin, Datuk Roslan Ahmad.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...