UMNO, PAS yang terlondeh, Mahathir pula dikambing hitamkan

“Apakah Mohd Razlan Rafii tidak nampak semua ini? Apakah ini sebahagian daripada usaha UMNO untuk mengkambing hitamkan Tun Dr Mahathir Mohamad semata-mata kerana masyarakat Melayu-Islam makin sedar akan kepincangan dalam kepimpinan UMNO?”

Raggie Jessy Rithaudeen

امنو، ڤاس يڠ ترلونده، محضير ڤولا دكامبيڠ هيتمكن

Saya menyangkal dakwaan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Mohd Razlan Rafii bahawa PAS dan UMNO kini lebih kepada perjuangan dasar parti sehingga membawa kepada penyatuan dua parti Melayu terbesar.

Sebabnya seperti berikut:




Sebaik selepas Barisan Nasional kecundang di Pilihan Raya Umum ke-14, PAS dan UMNO melaung-laungkan perlunya “penyatuan ummah” sambil menyelar perkumpulan Dong Zhong sebagai “rasis lampau” dan mempertikai kewujudan sekolah aliran Cina.

PAS dan UMNO turut mendakwa berlaku “penjualan aset Melayu-Islam dari Tabung Haji” ke pemilik bukan Islam menyebabkan masyarakat Melayu-Islam diaibkan.

Isu pembelaan keluarga arwah Adib turut menjadi ‘bahan makan’ dalam hampir setiap ceramah dan perhimpunan besar-besaran yang dianjurkan.

Malah, kita diberitahu bahawa usaha kerajaan pimpinan Pakatan Harapan menjadikan Malaysia anggota Statut Rom dan meratifikasi ICERD sebahagian daripada usaha “melumpuhkan institusi diraja.”

Atas alasan itu, menteri berkaitan dari PPBM diselar dan dilabel bermacam-macam dalam usaha puak pro UMNO dan PAS menjadikannya musuh Agama, Bangsa dan Negara.

Kini?

Sebaik selepas Langkah Sheraton, menteri berkenaan kembali bertugas sebagai menteri dalam kerajaan gandingan Perikatan Nasional bersama Barisan Nasional dan diterima dengan ‘tangan terbuka’ oleh PAS dan UMNO sebagai ‘rakan seperjuangan’.

Loading...

Dong Zhong pula bukan lagi “rasis lampau,” malah diajak bermuzakarah bagi membincangkan cara-cara menambah sekolah aliran Cina dan memperluaskan lagi yang sedia ada.

Isu Adib pula ditengelamkan, malah menteri dari PAS sendiri memajukan keperluan inkues kedua bagi menentukan punca kematian Adib.

Bukan hanya ianya aneh dari sudut kaca mata perundangan, tidak lagi kedengaran lebai-lebai PAS menuntut keadilan bagi keluarga Arwah Adib baik di Dewan Parlimen mahupun di jalanan.

Dan kalau dulu penjualan aset Melayu-Islam “mengaibkan masyarakat Melayu-Islam,” kini ianya sekadar “urusan perniagaan strategik” yang dibenarkan dari sudut kaca mata Islam.

Hipokrisi PAS dan UMNO makin hari makin nyata, dan makin ramai mula sedar akan penipuan kepimpinan kedua-dua parti itu selama ini.

Kalau dulu diumumkan “permuafakatan nasional” bagi menyatukan ummah dan menghentikan persengketaan antara dua parti bertunjangkan kepimpinan Melayu-Islam, kini Muafakat Nasional tidak boleh didaftarkan sebab “orang lain sudah ambil nama itu.”

Tetapi kita terus diperbodohkan dengan retorik kononnya “Muafakat Nasional perlu dipertahankan” biarpun UMNO dan PAS terang-terang mengumumkan akan menggunakan bendera masing-masing di Pilihan Raya Umum ke-15.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mungkin beranggapan bahawa rakyat bodoh dan tidak dapat melihat cara pemimpin-pemimpin PAS dan UMNO terus bercakaran di umum.

PAS pula dilihat berpaut pada PPBM dan memasuki Perikatan Nasional secara rasmi kerana ingin mengembangkan sayapnya ke seluruh semenanjung dengan bantuan pendanaan dari gabungan pemerintah.

Hadi pula pandai-pandai menimbulkan persepsi kononnya majoriti pemimpin UMNO ‘positif’ terhadap penggabungan dengan PPBM biarpun Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan PPBM di Pilihan Raya Umum ke-15 atas kehendak majoriti pemimpin bahagian.

Bila ditanya mengapa tidak dilibatkan parti-parti lain yang bertunjangkan kepimpinan Melayu-Islam jika benar misi PAS adalah untuk menyatukan ummah, lebai-lebai PAS selamba menjawab parti itu sedia berbincang dengan sesiapa sahaja asalkan mereka ‘sealiran’, yakni menurut kehendak atau ideologi PAS.

Itu bukan penyatuan ummah namanya, tetapi “penyatuan parti-parti politik berkepentingan.”

Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad menyediakan pentas Maruah Melayu pada satu ketika dahulu, beliau tidak menghadkan penyertaan mana-mana parti politik atau perkumpulan bukan politik yang bertunjangkan kepimpinan Islam.

Sebab itulah pentas beliau diwakili oleh berbelas-belas perkumpulan Islam dari segenap lapisan masyarakat dan juga parti-parti politik yang bertunjangkan kepimpinan Islam dari pembangkang dan kerajaan tanpa mengambil kira aliran atau ideologi politik masing-masing.

Itulah yang dinamakan pentas muzakarah, dan sebab itulah kita melihat kehadiran wakil-wakil dari PAS, UMNO, PPBM, AMANAH, PKR dan perkumpulan lain yang diberi kebebasan menyuarakan apa sahaja yang difikirkan patut demi Agama, Bangsa dan Negara.

Mahathir tidak memilih mereka yang sealiran dengannya bagi berucap di pentasnya, kerana misi penyatuan dalam ertikata sebenar tidak kenal perbezaan politik, darjat atau kaum, cuma kerelaan semua terbabit bermuzakarah ke arah perpaduan.

Malangnya, perkara ini tidak difahami oleh pemimpin Melayu-Islam yang berfikiran cetek seperti Hadi.

Apabila seseorang pemimpin Islam bercerita perihal “penyatuan ummah” tetapi menyelitkan syarat yang menghadkan muzakarah kepada parti-parti politik yang “sealiran,” niat sebenar pemimpin berkenaan bukanlah “penyatuan ummah,” tetapi “pergabungan parti-parti politik berkepentingan.”

Itulah bezanya antara pemimpin UMNO, PAS dan Mahathir, yang bukan sekadar mempertahankan maruah Melayu-Islam di bumi Malaysia, bahkan terkenal di pentas dunia sebagai pejuang Islam yang tidak gentar dengan sebarang desakan atau tekanan dari mana-mana negara Barat dan tidak segan mengkritik mana-mana peimpin dunia yang menggadaikan maruah Agama, Bangsa dan Negara.

Matlamat Mahathir hanyalah untuk memperkukuhkan lagi kemuliaan dan martabat Islam sebagai agama persekutuan menerusi pembentukkan sebuah kerajaan perpaduan yang bertunjangkan kepimpinan Islam tetapi turut diwakili oleh pemimpin bukan Islam yang berkaliber dalam kadar yang berpatutan dan dipersetujui semua.

Apakah Mohd Razlan Rafii tidak nampak semua ini? Apakah ini sebahagian daripada usaha UMNO untuk mengkambing hitamkan Tun Dr Mahathir Mohamad semata-mata kerana masyarakat Melayu-Islam makin sedar akan kepincangan dalam kepimpinan UMNO?

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...