
“Politik kemaruk wang, kuasa dan kedudukan menjadi dasar dan pertimbangan utama dalam segala keputusan yang dibuat, biarpun negara berdepan dengan krisis pandemik atau bencana alam yang mampu mengancam nyawa”
Raggie Jessy Rithaudeen
امنو ڤرلو بواڠ صفة حسد دڠكي دان بلاجر دري تون محضير باڬايمانا تاڠني كريسيس
Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan satu-satunya pemimpin negara yang diiktiraf di seluruh dunia kerana menyelamatkan Malaysia dari pelbagai krisis, termasuk krisis kewangan dan ekonomi 1997-98 yang gagal ditangani oleh kebanyakkan negara luar tanpa bantuan IMF.
Malah, kaedah yang digunakan oleh Mahathir yang pada awalnya dikecam oleh Bank Dunia dan IMF, akhirnya diiktiraf oleh IMF sendiri sebagai kaedah yang cukup “luarbiasa” dab berkesan, malah dijadikan rujukkan bagi merangka strategi-strategi jangka panjang institusi kewangan tersebut.
Ini fakta, bukan auta.
BACA JUGA: RAKYAT TUNGGU PENJELASAN ISMAIL SABRI
Di zaman Mahathir, tidak pernah ada situasi krisis yang gagal ditangani oleh kerajaan secara berkesan, dan tidak pernah ada rungutan daripada rakyat berhubung ketidakupayaan kerajaan menangani krisis.
Jangan kata tidak ada media sosial pada ketika itu, kerana pada tahun 2003, sudah ada internet, dan saya sendiri mendengar di merata tempat betapa kagumnya rakyat apabila IMF memuji Mahathir kerana cara beliau menangani krisis kewangan.
Berbeza pula dengan pemimpin-pemimpin UMNO, PPBM dan PAS yang sedia ada – mereka dengki terhadap Mahathir dan lebih rela mengulangi kesilapan lampau daripada meminta tunjuk ajar beliau.
Lihat sahaja cara Datuk Seri Ismail Sabri mengangkat Muhyiddin sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN).
Sebenarnya, MPN diusulkan oleh Mahathir kepada Yang Di Pertuan Agong sebagai jalan penyelesaian kepada kegagalan dan kemudaratan yang dibawa oleh pentadbiran Muhyiddin terhadap kesihatan, ekonomi, , kewangan, pendidikan, sosial dan politik negara.
Tapi disebabkan UMNO khuatir pelantilan Mahathir sebagai pengerusi MPN akan mampu selamatkan negara dan meningkatkan populariti beliau, Ismail Sabri tergamak mengulangi kesilapan lampau dan mengangkat Muhyiddin sebagai pengerusi MPN, walhal, Muhyiddin lah antara penyebab utama krisis Covid-19 menggila dan gagal ditangani.
Inilah sikap pemimpin-pemimpin UMNO.
Politik kemaruk wang, kuasa dan kedudukan menjadi dasar dan pertimbangan utama dalam segala keputusan yang dibuat, biarpun negara berdepan dengan krisis pandemik atau bencana alam yang mampu mengancam nyawa.
Allah selamatkanlah Malaysia, Aamiin.
WAJIB BACA:
BANJIR 2021: SAYA TERKEJUT DENGAN PENDEDAHAN MB SELANGOR, TAK SANGKA PM BOLEH ‘LEPAS TANGAN’
