UMNO piala sebenar, Zahid, Najib dijangka tumbang…

“Adakah Zahid dan Najib akan memohon maaf kepada Muhyiddin sebelum bersetuju untuk menggabungkan UMNO dan PPBM dan menyerahkan jawatan presiden “UMNO 3.0” kepada Muhyiddin? Atau adakah Team B pimpinan Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan mencetuskan Perhimpunan Agung Tergempar (EGM) untuk memecat Zahid dan Najib sebelum mempelawa Mahathir untuk kembali menerajui UMNO sebelum Pilihan Raya Umum ke-15?”

Raggie Jessy Rithaudeen

Apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin mengorak langkah bersama Datuk Seri Azmin Ali untuk mencantas PKR dan DAP, ramai yang menjangka impian beliau adalah untuk menjadi Perdana Menteri, tidak lebih dari itu.

Benar, Muhyiddin ingin menjadi Perdana Menteri dan pernah menyuarakan ketersediaannya untuk menjawat jawatan tersebut kepada beberapa beberapa individu, termasuk Azmin.




Tetapi jawatan Perdana Menteri bukanlah satu-satunya impian Muhyiddin.

Kalau diimbas kembali, Muhyiddin dipecat dari UMNO pada bulan Jun 2016 oleh Datuk Seri Najib Tun Razak atas dakwaan bersekongkol dengan pihak lawan untuk mengkritik dan melumpuhkan pentadbiran kerajaan.

Hakikatnya, kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri pada ketika itu amat terancam, bukan disebabkan konspirasi melibatkan Muhyiddin atau sesiapa, tetapi bukti kukuh yang dikumpulkan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan beliau terlibat secara langsung dengan skandal 1MDB dan SRC International.

Untuk mengelakkan dirinya ditangkap, Najib bertindak memecat kedua-dua Tan Sri Abu Kassim (mantan ketua pesuruhjaya SPRM) dan Tan Sri Abdul Gani Patail (mantan Peguam Negara) pada bulan Julai 2015 sebelum menyingkirkan Muhyiddin daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Untuk mengukuhkan lagi kedudukannya dalam UMNO, Najib memecat Muhyiddin dari parti setahun kemudian atas alasan bersekongkol dengan pihak pembangkang untuk menyerang kepimpinan UMNO.

Penyingkiran Muhyiddin dari UMNO menyebabkan beliau turut kehilangan jawatan timbalan presiden parti yang disandangnya sejak bulan April 2009 apabila beliau berjaya menumpaskan pencabarnya di Pilihan Raya parti tahun itu.

Kedua-dua jawatan yang dikosongkan oleh Muhyiddin (dalam kerajaan dan UMNO) kemudiannya diisi oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Loading...

Andai kata Abu Kassim, Gani Patail dan Muhyiddin tidak dipecat pada bulan Julai 2015, Najib sudah pasti akan ditangkap atas pelbagai pertuduhan jenayah melibatkan SRC dan 1MDB.

Muhyiddin pula dikatakan bersedia untuk memangku jawatan presiden UMNO susulan penangkapan Najib dan mendapat sokongan pelbagai pihak dari dalam parti untuk dicalonkan sebagai pengganti Najib bagi jawatan Perdana Menteri.

Dalam senario ini, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah pasti tidak akan meninggalkan UMNO dan kekal bersama parti itu.

Muhyiddin pula dijangka memandu UMNO ke Pilihan Raya Umum ke-14 dan seterusnya menubuhkan Majlis Presiden Barisan Nasional sebelum melantik Mahathir menerajui majlis berkenaan.

Malangnya, Najib tidak berjaya ditangkap.

Sebaliknya, Najib memecat Muhyiddin dan melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Muhyiddin.

Hari ini Muhyiddin bergelar Perdana Menteri. Walaubagaimanapun, beliau masih belum bergelar presiden UMNO, jawatan yang hampir dipangkunya pada bulan Julai 2015.

Pihak yang memegang jawatan itu tak lain tak bukan Zahid Hamidi, sekutu rapat Najib yang turut terpalit dalam skandal jenayah.

Justeru, rancangan Muhyiddin dari awal lagi ialah untuk menjadi Perdana Menteri dengan mencantas PKR dan DAP sebelum mengambil alih UMNO setelah menggabungkan parti itu bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Menurut perkhabaran, nama yang dicadangkan oleh Muhyiddin bagi gabungan itu ialah “Bersatu-UMNO.” Maka sudah pasti gabungan itu akan beransur-ansur dikenali sebagai “UMNO” sepertimana “UMNO Baru” dulu disingkatkan kepada “UMNO.”

Memandangkan Muhyiddin merupakan Perdana Menteri, sudah pastilah beliau akan menjawat jawatan presiden “UMNO 3.0,” sekaligus memenuhi impiannya yang dicantas pada satu ketika dulu oleh Najib.

Malangnya, rancangan Muhyiddin terbantut apabila Zahid dan Najib enggan melibatkan UMNO secara langsung dalam Perikatan Nasional dan menggunakan komitmen UMNO terhadap Muafakat Nasional sebagai alasan.

Atas sebab itulah Muhyiddin mula berbaik-baik dengan PAS sebelum mempelawa parti itu masuk ke dalam Perikatan Nasional secara rasmi.

Pada jangkaan Muhyiddin, UMNO tidak akan mempunyai alasan lagi untuk tidak menyertai Perikatan Nasional.

Tetapi Zahid terus melontarkan pelbagai alasan bagi menjarakkan UMNO dari Perikatan Nasional, barangkali sebab beliau tahu Muhyiddin ingin mengambil alih UMNO.

Pada awalnya, Muhyiddin berdiam diri.

Tetapi apabila Zahid mengugut untuk menarik balik sokongan UMNO terhadap Perikatan Nasional dan setelah ahli parlimen Machang bertindak menarik sokongannya terhadap Muhyiddin secara rasmi, Muhyiddin bertindak mendapatkan persetujuan Yang Di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Darurat.

Disebabkan itu, Zahid kini menerima tekanan hebat dari dalam UMNO untuk melepaskan jawatannya sebagai presiden parti, dan desakan agar beliau berundur turut dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pagoh.

Satu kebetulan?

Disebabkan Darurat, Muhyiddin dijangka kekal berkuasa tidak kira berapa ramai ahli parlimen UMNO menarik sokongan darinya melainkan Yang Di-Pertuan Agong sendiri menitahkan Muhyiddin untuk letak jawatan dan melantik Perdana Menteri interim.

Zahid dan Najib pula amat tertekan disebabkan kes-kes Mahkamah yang akan diputuskan tidak lama lagi, di mana Najib berkemungkinan besar akan disabit bersalah di peringkat persekutuan sebelum tamat tempoh Darurat.

Persoalannya, adakah Zahid dan Najib akan memohon maaf kepada Muhyiddin sebelum bersetuju untuk menggabungkan UMNO dan PPBM dan menyerahkan jawatan presiden “UMNO 3.0” kepada Muhyiddin?

Atau adakah Team B pimpinan Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan mencetuskan Perhimpunan Agung Tergempar (EGM) untuk memecat Zahid dan Najib sebelum mempelawa Mahathir untuk kembali menerajui UMNO sebelum Pilihan Raya Umum ke-15?

Mungkinkah juga Team B membuat kejutan dan mempelawa Muhyiddin untuk menerajui UMNO, dan apakah itu sebabnya Muhyiddin berbaik-baik dengan Hishammuddin baru-baru ini?

Sama-sama kita saksikan…

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...