UMNO: Pilihan Raya Kecil Parlimen Gerik perlu diadakan

Hasbullah, 63, yang juga ketua Umno Bahagian Gerik meninggal dunia kira-kira 7 malam tadi di Hospital Raub, Pahang, meninggalkan 2 balu iaitu Rosmawati Ariffin, 58, dan Zaini Abu Bakar, 29, serta 8 anak berumur 2 bulan hingga 34 tahun. Sumber (gambar): Fail TTF

امنو: ڤيليهن راي كچيل ڤرليمين ڬريق ڤرلو داداكن

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Gerik perlu diadakan kerana kekosongan kerusi kawasan itu berlaku dalam tempoh 3 tahun pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang diadakan pada Mei 2018, kata Pengerusi Umno Perak Saarani Mohamad.

Beliau berkata perkara itu termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipatuhi dan pihaknya tidak mempunyai masalah jika berlaku pertandingan dalam PRK Gerik.

Hasbullah, 63, yang juga ketua Umno Bahagian Gerik meninggal dunia kira-kira 7 malam tadi di Hospital Raub, Pahang, meninggalkan 2 balu iaitu Rosmawati Ariffin, 58, dan Zaini Abu Bakar, 29, serta 8 anak berumur 2 bulan hingga 34 tahun.

Allahyarham merupakan ahli Parlimen Gerik yang mempunyai 2 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Temenggor dan Pengkalan Hulu sejak PRU13 hingga sekarang. Beliau sebelum itu merupakan Adun Temenggor selama 2 penggal bermula pada PRU11.


GERIK: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Gerik perlu diadakan kerana kekosongan kerusi kawasan itu berlaku dalam tempoh 3 tahun pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang diadakan pada Mei 2018, kata Pengerusi Umno Perak Saarani Mohamad.

Beliau berkata perkara itu termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipatuhi dan pihaknya tidak mempunyai masalah jika berlaku pertandingan dalam PRK Gerik.




“Kita tiada masalah dari segi persiapan kerana Umno Gerik membuat persiapan bagi menghadapi PRU15, jadi ini boleh diguna pakai jika ada PRK Gerik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri solat jenazah ahli Parlimen Gerik Allahyarham Hasbullah Osman di Masjid Jamek Gerik, di sini hari ini.

Hasbullah, 63, yang juga ketua Umno Bahagian Gerik meninggal dunia kira-kira 7 malam tadi di Hospital Raub, Pahang, meninggalkan 2 balu iaitu Rosmawati Ariffin, 58, dan Zaini Abu Bakar, 29, serta 8 anak berumur 2 bulan hingga 34 tahun.

Allahyarham merupakan ahli Parlimen Gerik yang mempunyai 2 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Temenggor dan Pengkalan Hulu sejak PRU13 hingga sekarang. Beliau sebelum itu merupakan Adun Temenggor selama 2 penggal bermula pada PRU11.

Hasbullah yang dilahirkan di Hospital Gerik pada 17 Feb 1957 memulakan kerjaya sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Sultan Idris Shah di sini sejurus selepas menamatkan pengajian di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang (M4P) pada 1979 namun dipinjamkan menjadi setiausaha sulit kepada beberapa timbalan menteri sebelum bersara daripada sektor awam pada 1999.

Sementara itu, Saarani berkata kehilangan Hasbullah sangat dirasai kerana kedua-dua mereka mempunyai hubungan yang akrab memandangkan pernah bertugas sebagai guru di sekolah sama pada 1982.

“Hasbullah mengajar pada waktu pagi dan saya mengajar pada waktu petang. Saya tinggal di kuarters guru dan Hasbullah yang tinggal dengan ibunya sering datang ke rumah saya,” katanya.

Katanya hubungan akrab mereka berterusan hingga ke arena politik apabila Allahyarham Hasbullah kini menjadi timbalannya dalam Badan Perhubungan Umno Negeri.

Loading...

“Saya menerima berita sedih kematian Hasbullah ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur semalam. Saya sedih kehilangan seorang sahabat dan pembantu, dan sudah tentu kita merinduinya,” katanya.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...