UMNO putuskan sendiri bubar DUN Johor tanpa persetujuan PAS, PPBM

Mesyuarat majlis kerajaan (MMK) negeri yang diadakan semalam hanya untuk memaklumkan PPBM dan PAS berkaitan pembubaran DUN dan bukannya untuk mendapat persetujuan mereka. Sumber (gambar): Fail TTF

امنو ڤوتوسكن سنديري بوبر دون جوهر تنڤا ڤرستوجوان ڤاس، ڤڤبم

Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, pihaknya tidak perlu mendapatkan persetujuan daripada parti lain berhubung keputusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Menjawab dakwaan tiada perbincangan dengan Bersatu dan Pas serta didakwa hanya keputusan Umno sendirian, beliau berkata, tidak memerlukan kerjasama dengan mana-mana parti yang berada di luar BN.

Dalam masa sama, Hasni menegaskan BN akan bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan yakin memperoleh kemenangan dua pertiga kerusi DUN.

“Kita akan cadangkan kepada BN Pusat untuk BN Johor bertanding sendirian dalam PRN, kita yakin boleh menang tetapi apa pun keputusan ini terpulang kepada pucuk pimpinan,” tambahnya lagi.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Menurutnya, ini kerana PRN adalah diasaskan kepada Bahagian Kedua dan Ketiga Fasal 23 Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 yang membenarkan pihaknya membubarkan DUN sebelum tamat tempoh lima tahun tanpa menerima persetujuan mereka.

“Itu yang pertama, kedua pembubaran DUN hanya boleh dibuat Sultan Johor dan kita sudah patuhi kedua-dua fasal dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri, oleh itu perkara ini tidak berbangkit.

“Oleh itu, mesyuarat majlis kerajaan (MMK) negeri yang diadakan semalam hanyalah untuk memaklumkan berkaitan pembubaran DUN dan bukannya untuk mendapat persetujuan mereka,” lapor BH.

Dalam masa sama, Hasni menegaskan BN akan bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan yakin memperoleh kemenangan dua pertiga kerusi DUN.

“Kita akan cadangkan kepada BN Pusat untuk BN Johor bertanding sendirian dalam PRN, kita yakin boleh menang tetapi apa pun keputusan ini terpulang kepada pucuk pimpinan,” tambahnya lagi.

Sumber:

WAJIB BACA:

Kenyataan Azam Baki bahawa Suruhanjaya Sekuriti mendapati beliau ‘tidak lakukan kesalahan’ sah palsu

Loading...

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...