UMNO sah perbodohkan orang Melayu, kini terbuka kerjasama DAP

Mantan penyelaras parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

Khairuddin Abu Hassan

امنو صح ڤربودوهكن اورڠ ملايو، كيني تربوك كرجاسام دڤيخلس دري;

Dulu di zaman pemerintahan kerajaan PH parti umno mengkritik keras Tun Dr Mahathir Mohamad yang kononnya sanggup bekerjasama dengan DAP sebuah parti yang hendak menghapuskan kuasa melayu di negara kita kononnya.

Tetapi kini demi untuk menjaminkan mereka terus berkuasa; pemimpin kleptokrats umno menyatakan tidak mustahil mereka bekerjasama dengan parti DAP pula.

Inilah sandiwara dan permainan politik kotor parti UMNO Demi untuk kepentingan agenda politik mereka semua boleh belaka.




Keseluruhan orang melayu kena tanya pemimpin-pemimpin umno kenapa di zaman PH parti DAP digelar pengkhianat kepada bangsa melayu tetapi kini umno boleh pula untuk bekerjasama dengan DAP.

Sejak Najib Razak menjadi presiden UMNO sehingga kini peranan umno hanyalah untuk terus menipu serta memperbodohkan bangsa melayu semata-mata.

Bangsa melayu jangan percaya pada UMNO lagi. Keseluruhan orang melayu dan rakyat malaysia harus tolak UMNO secara total pada PRU15 nanti.

UMNO sudah tersimpang jauh dari matlamat penubuhannya pada tahun 1946.

Dulu UMNO ditubuhkan untuk memimpin seterusnya berjuang secara jujur bagi mensejahterakan keseluruhan bangsa, agama dan tanahair.

Tetapi kini matlamat umno hanyalah untuk menipu, merompak, menyamun dan mencuri khazanah negara serta rakyat.

Perjuangan UMNO pada hari ini berteraskan kepada ‘menghalalkan cara’ demi kepentingan peribadi seterusnya terus memperbodohkan rakyat malaysia agar mereka disokong untuk berkuasa.

Loading...

Dengan kuasa yang ada pada pemimpin-pemimpin UMNO mereka akan memperkasakan budaya salahlaku secara berterusan serta menyeluruh.

Sebab itu pada hari ini sesiapa saja yang menyokong umno membawa erti mereka juga bersubahat dan menghalalkan salahlaku.

Terima kasih kepada YB tajuddin Rahman yang dengan sendirinya telah mempamerkan ‘gelagat jahat’ mereka.

Kita tidak perlu lagi bercakap tentang korupsi, kejahatan, kemungkaran dan agenda penipuan UMNO pada hari ini.

Pemimpin-pemimpin kleptokrats umno sendiri yang sedang ‘ludah ke langit’ serta ‘menepuk air di dulang’ yang akhirnya terpalit ke muka mereka sendiri.

Kenyataan YB Tajuddin Rahman telah mengesahkan bahawa kebanyakkan dari pemimpin-pemimpin umno adalah di kalangan ‘minda lemah otak udang’.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...