UMNO tak jemput Perdana Menteri, PH hadir Perhimpunan Agung

UMNO kini menjadi sebahagian dalam kerajaan selepas kerjasama dengan PH dan DAP untuk membentuk kerajaan campuran. Sumber (gambar): Fail TTF

بوات ڤرتام كالي، امنو تق جمڤوت ڤردان منتري حاضر ڤرهيمڤونن اڬوڠ

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Tiada sebarang jemputan dikeluarkan kepada parti politik selain komponen Barisan Nasional (BN) dan Friends of BN untuk menghadiri Perhimpuan Agung UMNO 2022 yang bermula Rabu ini.

Ini bermakna, Perdana Menteri sendiri dan rakan-rakan sepasukan dari Pakatan Harapan tidak akan hadir, berbeza dari kelaziman di mana UMNO menjemput sekutunya dalam kerajaan untuk hadir bersama.

Menurut Ahmad Maslan, perhimpunan kali ini juga tidak akan menjemput perwakilan asing kerana ingin menyelesaikan semua perkara yang berhubung kait dengan isu dalaman parti dan BN.

Anehnya, perhimpunan-perhimpunan sebelum ini turut membincangkan perkara yang berhubung kait dengan isu dalaman parti dan BN namun tetap menjemput sekutu lain dalam kerajaan .


Tiada sebarang jemputan dikeluarkan kepada parti politik selain komponen Barisan Nasional (BN) dan Friends of BN untuk menghadiri Perhimpuan Agung UMNO 2022 yang bermula Rabu ini.

Ini bermakna, Perdana Menteri sendiri dan rakan-rakan sepasukan dari Pakatan Harapan tidak akan hadir, berbeza dari kelaziman di mana UMNO menjemput sekutunya dalam kerajaan untuk hadir bersama.




Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Menurut beliau, perhimpunan kali ini juga tidak akan menjemput perwakilan asing kerana ingin menyelesaikan semua perkara yang berhubung kait dengan isu dalaman parti dan BN.

“Setakat ini, itulah keputusannya melainkan jika ia berubah dalam sehari dua ini. Tidak menjemput bukan bermakna kita tidak berkawan tetapi kerana kita hendak menumpukan kepada isu dalaman parti, muhasabah dan sebagainya,” kata beliau.

Anehnya, perhimpunan-perhimpunan Agung sebelum ini turut membincangkan perkara yang berhubung kait dengan isu dalaman parti dan BN namun tetap menjemput sekutu lain dalam kerajaan .

Bagaimanapun, Ahmad Maslan tidak menolak kemungkinan perubahan jemputan boleh berlaku bergantung kepada keputusan pimpinan tertinggi parti.

Untuk rekod, UMNO kini menjadi sebahagian dalam kerajaan selepas kerjasama dengan PH dan DAP untuk membentuk kerajaan campuran.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau belum menerima jemputan untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang akan diadakan dari 11 hingga 14 Jan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Loading...

THE THIRD FORCE



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...