UMNO tangguh pemilihan sebab tahu parti akan berpecah – Tun Dr Mahathir

امنو تڠڬوه ڤميليهن سبب تاهو ڤرتي اكن برڤچه – تون در محضير

Keputusan UMNO melaksanakan Perhimpunan Agung Khas (EGM) bagi meluluskan pindaan yang membolehkan pemilihan dibuat selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) disifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai satu jalan yang senang.

Menurut Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu, UMNO sedia maklum parti itu akan berpecah sekiranya PRU15 diadakan sebelum pemilihan dibuat.

Semalam, UMNO membuat keputusan meminda Perlembagaan parti di semua peringkat Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Bahagian dan Cawangan.

Usul pindaan itu yang membabitkan Fasal 10.16, Fasal 15.3 dan Fasal 18.2 yabg dibentangkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled dan mendapat sokongan sebulat suara daripada 2,586 perwakilan yang hadir.


LANGKAWI: Keputusan UMNO melaksanakan Perhimpunan Agung Khas (EGM) bagi meluluskan pindaan yang membolehkan pemilihan dibuat selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) disifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai satu jalan yang senang.




Menurut Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu, UMNO sedia maklum parti itu akan berpecah sekiranya PRU15 diadakan sebelum pemilihan dibuat.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Jelasnya, melalui ‘jalan mudah’ yang diambil itu, wakil UMNO akan mempengaruhi Kabinet dalam menentukan tarikh PRU15 yang disifatkannya sebagai tidak adil bagi sistem demokrasi dalam sesebuah negara

“Mereka tahu kalau ada pemilihan, akan berpecah UMNO, jadi mereka ambil jalan senang, mereka mempengaruhi kerajaan supaya ditangguh dia punya pemilihan, ini kalau jangka pendek tak apa, ini berapa bulan tangguh?” soal Dr Mahathir.

TONTON: NAJIB DICABAR DEBAT LAGI

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Jamuan Hari Raya Parlimen Langkawi, di Dataran Telaga Walk di sini, pada Isnin.

Semalam, UMNO membuat keputusan meminda Perlembagaan parti di semua peringkat Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Bahagian dan Cawangan.

Usul pindaan itu yang membabitkan Fasal 10.16, Fasal 15.3 dan Fasal 18.2 yabg dibentangkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled dan mendapat sokongan sebulat suara daripada 2,586 perwakilan yang hadir.

Sumber:

Loading...

WAJIB TONTON:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...