UMNO tidak boleh halang secara paksa pertandingan jawatan presiden

Raggie Jessy Rithaudeen

امنو تيدق بوليه هالڠ سچارا ڤقسا ڤرتنديڠن جاوتن ڤريسيدن

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

UMNO tidak boleh menghalang secara paksa pertandingan jawatan presiden, melainkan perlembagaan parti dipinda menerusi Perhimpunan Agung Umno khas bagi menyelitkan klausa yang berkaitan.

Menurut fasal 9.3 perlembagaan UMNO, Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Presiden, Timbalan Presiden yang dipilih, tiga orang Naib Presiden dan dua puluh lima orang Ahli Majlis Kerja Tertinggi hendaklah dipilih dalam Mesyuarat Perwakilan Bahagian tiap-tiap tiga tahun sekali.




Perlunya pemilihan ini secara otomatik bermakna mana-mana ahli UMNO berhak untuk menawarkan diri sebagai calon untuk dipilih, dan tidak ada mana-mana fasal atau klausa dalam perlembagaan UMNO yang menafikan hak ini.

Sekalipun Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan untuk tidak membenarkan jawatan presiden dipertandingkan, parti itu tidak boleh bertindak terhadap mana-mana ahli parti yang melanggar keputusan itu.

Hari ini, Datuk Seri Ahmad Maslan mendakwa keputusan mengenai pertandingan dua jawatan tertinggi dalam parti akan hanya diputuskan ketika mesyuarat Majlis Tertinggi Khas pada 12 Jan 2023 sebelum Perhimpunan Agung esoknya.

Ahmad Maslan berkata demikian ketika ditanya sama ada terdapat usul berkenaan jawatan presiden dan timbalan presiden pada perhimpunan agung khas yang akan berlangsung bulan depan bagi membuat pindaan pada dua fasal perlembagaan parti.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...