
Dato’ Azwanddin Hamzah
Pada hari ini, di bawah kerajaan Pakatan Harapan dan juga Kerajaan Bangsa DAP, mereka menggunakan undang-undang untuk membunuh lawan mereka dan bukannya untuk keadilan ataupun kebenaran. Mereka cuba menguasai mahkamah melalui Peguam Negara, Tommy Thomas dan sekutu mereka bagi memberi tekanan terus kepada lawan mereka.
Ini terbukti apabila kita melihat bagaimana saya ditekan secara berterusan oleh Kerajaan Pakatan Harapan dan Bangsa DAP. Mereka mahu supaya saya menutup mulut dan berhenti menyuarakan ketidakadilan dan bersikap berdiam diri.
UNDANG-UNDANG PAKATAN HARAPAN TELAH MELEPASKAN BANGSA DAP KERANA KUASA MEREKA ADALAH SEPERTIMANA DALAM KEJADIAN-KEJADIAN BERIKUT:
1. Kita tidak terkejut, penguasaan Bangsa DAP di mahkamah terutamanya terhadap kes bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang boleh terlepas daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot tanah dan banglo, serta kes melibatkan ahli perniagaan, Phang Li Koon, yang turut digugurkan terus setelah Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membuat keputusan untuk membebaskan Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah itu.
Keputusan menggugurkan kes rasuah tersebut dilihat sebagai mengandungi unsur campurtangan daripada Tommy Thomas, memandangkan hanya Peguam Negara yang berkuasa menarik balik sesuatu kes jenayah dan membebaskan seseorang sepertimana kes Lim Guan Eng, yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP.
2. Selama ini, tindakan Teresa Kok jelas menunjukkan bahawa beliau tidak setuju Islam sebagai agama Rasmi Persekutuan. Kenyataan beliau tentang tulisan jawi serta video yang jelas menunjukkan beliau seorang yang anti Melayu terus terlepas daripada sebarang tindakan undang-undang.
3. Waytha Moorty juga di dalam ucapan sewaktu di luar negara telah memburuk-burukkan Malaysia sebagai tidak mengamalkan demokrasi di mana kaum India ditindas. Biarpun begitu, sehingga kini, beliau masih lagi bebas dan tidak ada sebarang tindakan dikenakan terhadapnya.
3. Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli pula telah terlepas daripada hukuman penjara atas kesalahan memiliki laporan audit tanpa kebenaran yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Mahkamah di bawah penguasaan Peguam Negara pula bersetuju mengetepikan hukuman penjara yang sebelum ini yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen.
4. Ucapan hasutan Ganabatirau menyebabkan tercetusnya rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman yang mengakibatkan matinya seorang anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim. Biarpun begitu, sehingga kini, Ganabatirau tidak ditahan bahkan masih bebas.
5. Penghinaan dan kata-kata kesat yang dilakukan oleh pemimpin Bangsa DAP, Nga Kor Ming, terhadap Melayu dan Islam dilepas panding begitu sahaja dan tidak dikenakan sebarang tindakan undang-undang hingga ke hari ini.
6. Mahkamah juga jelas menunjukkan kecenderungan terhadap kes Tian Chua yang berpihak kepada Bangsa DAP. Pada 23 November 2018 lalu, mahkamah membebaskan bekas ahli Parlimen Batu itu atas tuduhan mengeluarkan kenyataan bersifat hasutan dan cuba menjatuhkan kerajaan.
Sebaliknya, saya yang memperjuangkan keadilan serta kebenaran, mempersoalkan hak Melayu dan Raja-Raja Melayu terus dikenakan saman oleh Bangsa DAP ini.
Saya akan terus bangkit untuk menegakkan kebenaran walaupun akan dilanyak dengan saman-saman oleh Bangsa DAP
“JUJUR AMANAH SATU PERJUANGAN”
DATO’ AZWANDDIN HAMZAH
PRESIDEN
JARINGAN MELAYU MALAYSIA
