Undi Belanjawan: Anwar, Zahid, Najib rancang bersama ‘kelirukan’ DAP, AMANAH

“Keputusan Anwar merupakan keputusan politik yang dipengaruhi oleh sekutunya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ketiga-tiga mereka ingin menimbulkan persepsi palsu kononnya Mahathir dipinggirkan oleh pembangkang dan tidak mendapat sokongan majoriti. Atas sebab itulah Anwar menunggu saat terakhir sebelum mengeluarkan arahan agar DAP, PKR dan AMANAH keliru dan menolak usul undi belah bahagi sebagai langkah berjaga-jaga”

Raggie Jessy Rithaudeen

اوندي بلنجاوان: انور، زاهيد، نجيب رانچڠ برسام ءكليروكنء دڤ، أمانه

Desakan pemuda DAP agar Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘meminta maaf’ kerana memingirkan pembangkang ketika undi Belanjawan 2021 retorik semata-mata.

Ini memandangkan pemuda DAP dan kepimpinan pusat sudah biasa dengan permainan “good cop bad cop,” di mana satu pihak akan mengeluarkan satu kenyataan dan mengerahkan pihak kedua mengeluarkan kenyataan bertentangan.




Semalam, Lim Kit Siang cuba ‘menghalalkan’ tindakan Anwar yang jelas mengejutkan semua, termasuk kepimpinan tertinggi DAP.

Kit Siang enggan mengaku bahawa Anwar sebenarnya mengkhianati perjanjian yang dimasukinya bersama semua ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan untuk menggunakan undi dasar Belanjawan 2021 sebagai platform untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Justeru, beliau cuba menggunakan titah Yang Di-Pertuan Agong sebagai alasan kenapa Anwar mengarahkan semua ahli parlimen dari Pakatan Harapan untuk tidak menuntut undi berbelah bahagi.

Masalahnya, hujah yang diketengahkan oleh Kit Siang bercanggah terus dengan alasan yang diberikan oleh Anwar sendiri yang turut merupakan penipuan dan sandiwara semata-mata.

Menurut Anwar, ada cadangan dalam Belanjawan 2021 yang baik dan dipersetujui oleh pihak pembangkang.

Persoalannya, mengapakah perkara ini tidak pernah disuarakan dahulu ketika PKR, DAP dan AMANAH menyerang Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bertubi-tubi?

Bukankah orang-orang Anwar sendiri yang mendakwa belanjawan yang disediakan oleh pihak kerajaan ‘cincai’, tidak berjiwa rakyat, berbaur politik tidak dirangka untuk memerangi Covid-19?

Loading...

Bukankah Anwar sendiri merungut sehari sebelum tarikh pengundian bahawa banyak persoalan pembangkang tidak terjawab susulan tindakan Speaker Dewan Rakyat menghadkan pencelahan ahli-ahli parlimen ketika menteri berhujah?

Apakah Anwar secara ‘tiba-tiba’ sedar pada hari pengundian bahawa belanjawan yang dibentangkan ada manfaat kepada rakyat?

Jika ya pun timbul kesedaran itu, mengapakan Anwar menunggu hingga saat Tun Dr Mahathir Mohamad berdiri sebelum memberi arahan kepada Pakatan Harapan untuk tidak menyokong usul undi belah bahagi?

Nyata di sini bahawa keputusan Anwar merupakan keputusan politik yang dipengaruhi oleh sekutunya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ketiga-tiga mereka ingin menimbulkan persepsi palsu kononnya Mahathir dipinggirkan oleh pembangkang dan tidak mendapat sokongan majoriti.

Atas sebab itulah Anwar menunggu saat terakhir sebelum mengeluarkan arahan agar DAP, PKR dan AMANAH keliru dan menolak usul undi belah bahagi sebagai langkah berjaga-jaga.

Ada juga sebab kedua Anwar berbuat demikian yang akan saya huraikan dalam satu lagi terbitan yang bakal menyusul.

Apa pun, Anwar sudah terbukti satu beban yang tidak mampu ditanggung oleh blok pembangkang sekiranya benar misi bersama adalah untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Muhyiddin yang kemaruk wang, kuasa kedudukan.

Jangan bersandiwara, jangan pinggirkan Anwar esok. Lakukannya hari ini jika benar perjuangan pembangkang adalah perjuangan kebenaran dan berjiwa rakyat.

Selagi ada Anwar, selagi itulah ada masalah. Sesiapa yang berdamping dengan Anwar akan menempuhi pelbagai dugaan dan masalah yang akan mengagalkan terus apa jua inisiatif yang bakal diusahakan.

Pembangkang harus ingat, mereka berjaya menumpaskan kerajaan pimpinan Barisan Nasional yang korup pada Pilihan Raya Umum ke-14 dengan bantuan Mahathir, bukannya Anwar.

Ini kerana pada ketika itu, Anwar masih lagi berada di dalam penjara dan tidak mampu menimbulkan sebarang masalah.

Justeru, segala perancangan Mahathir berjaya kerana tidak ada Anwar untuk sabotaj mana-mana perancangannya pada saat terakhir.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...