UNDIAN ONLINE: PENCAPAIAN BN LUARBIASA TERUK DALAM TIGA KAJIAN BERASINGAN, GANDINGAN GTA-PN JAUH MELEPASI PH

Raggie Jessy Rithaudeen

اوندين اونلاين: ڤنچڤاين بن لواربياسا تروق دالم تيڬ كاجين، ڬنديڠن ڬتا-ڤن جاوه ملڤسي ڤه

Tiga undian online yang dilancarkan sejak semalam meramalkan pencapaian luar biasa buruk buat Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dalam satu undian yang dimulakan pada 5.15 pagi semalam (Ahad) (KLIK DI SINI UNTUK MENGUNDI), gandingan Gerakan Tanah Air (GTA), Perikatan Nasional (PN) dan Warisan mendominasi undian dengan pencapaian 73 peratus, berbanding Pakatan Harapan yang hanya berjaya mencatatkan 17 peratus perolehan undi.




Barisan Nasional pula tidak mampu melepasi aras 6 peratus sejak undian dimulakan.

Undian tersebut dibuat di Facebook, manakala satu lagi undian yang dibuat menerusi laman web turut menunjukkan Barisan Nasional tidak mampu melepasi aras 6 peratus.

Dalam kedua-dua kes, andaian dibuat bahawa GTA, PN dan Warisan akan bersetuju untuk bekerjasama pada PRU15

Manakala itu, undian online ketiga mencatatkan pencapaian yang hampir sama buat Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan sekiranya GTA dan PN tidak bekerjasama.

Namun, secara konsisten, pencapaian Barisan Nasional tetap terburuk antara semua gabungan, menandakan BN tidak lagi menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.

Andaian kononnya undian sebegini kurang melibatkan warga emas tidak lagi benar, kerana dewasa ini, ramai yang berumur 50 – 70 tahun diketahui memiliki telefon bimbit pintar dan mahir menggunakan media sosial.

Manakala itu, kebimbangan bahawa laskar siber yang ada berbelas-belas akaun di Facebook boleh mengundi berpuluh kali menerusi undian Facebook turut tidak berasas.

Loading...

Ini kerana UMNO, PKR, DAP dan PN semuanya mempunyai beratus-ratus laskar siber, ramai diantaranya diketahui memiliki berbelas-belas akaun Facebook setiap seorang.

Bila berlaku undian online di Facebook berhubung Pilihan Raya Umum, laskar siber dari semua belah akan cuba masuk mengundi menggunakan semua akaun palsu mereka.

Kesannya, kehadiran mereka boleh diabaikan, kerana secara berkesan, mereka tidak akan mampu mengubah trend pecahan undi pengguna Facebook yang sahih.

Ini benar, khususnya, bagi undian online yang pecahan undinya dilihat agak stabil walaupun jumlah pengundi terus meningkat bagi satu tempoh masa yang panjang.

Hasilnya, undi online di Facebook merupakan indikator kasar sentimen sebenar rakyat, terutamanya bagi golongan berumur 25 – 75 tahun.

Keputusan undian di Facebook turut boleh dipercayai jika jurang perolehan undi antara dua pilihan utama cukup besar, kerana jurang sebegini amat sukar dipengaruhi oleh Laskar Siber.

Kesimpulannya, apabila GTA + PN + Warisan secara konsisten mencecah 73 peratus dari segi jumlah perolehan undi (selama lebih 30 jam), berbanding BN yang tidak mampu melepasi 6% (bagi tempoh masa yang sama), ianya satu keputusan yang boleh diyakini.

Lazimnya, Laskar Siber hanya merangkumi 2-5 peratus jumlah yang mengundi, dan ini terbukti pada PRU14



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...