UPKO Ranau terima 400 ahli baharu, termasuk bekas ahli UMNO Sabah

Hadir sama Pengerusi Majlis Penasihat UPKO, Tan Sri Wences Angang, Timbalan Presiden UPKO, Senator Datuk Donald Peter Mojuntin, Naib Presiden UPKO merangkap Menteri di Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Ewon Benedict serta Ahli-ahli Majlis Tertinggi UPKO. Sumber (gambar): Borneo Today

اڤكو راناو تريما 400 اهلي بهارو، ترماسوق بكس اهلي امنو سابه

Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Ranau terus diperkukuhkan dengan kemasukan 400 ahli baharu termasuk daripada parti UMNO dan bekas ahli Parti Harapan Rakyat Sabah.

Penyerahan borang diterima oleh Presiden UPKO Malaysia, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dalam satu acara di sini, kelmarin sambil disaksikan Ketua Bahagian UPKO Ranau merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan, Datuk Abidin Madingkir.

Bekas Ketua Penyelaras Parti Harapan Rakyat Sabah kawasan Paginatan, Saidi Jaimin, 70, turut berkongsi pendapat yang sama ketika diminta mengulas mengenai keputusan yang diambil.

“Selepas Parti Harapan Rakyat Sabah dibubarkan oleh Presidennya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin, saya masih belum mengambil keputusan untuk menyertai mana-mana parti.”


RANAU: Parti Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Ranau terus diperkukuhkan dengan kemasukan 400 ahli baharu termasuk daripada parti UMNO dan bekas ahli Parti Harapan Rakyat Sabah.

Penyerahan borang diterima oleh Presiden UPKO Malaysia, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dalam satu acara di sini, kelmarin sambil disaksikan Ketua Bahagian UPKO Ranau merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan, Datuk Abidin Madingkir.




Hadir sama Pengerusi Majlis Penasihat UPKO, Tan Sri Wences Angang, Timbalan Presiden UPKO, Senator Datuk Donald Peter Mojuntin, Naib Presiden UPKO merangkap Menteri di Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Ewon Benedict serta Ahli-ahli Majlis Tertinggi UPKO.

Bekas Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Ranau, Kapilin Haji Surup, 55, berkata, beliau menyertai UPKO kerana terus konsisten dalam memperjuangkan hak-hak Sabah.

“Saya juga tertarik dengan keterbukaan UPKO terhadap perjuangan yang lebih inklusif melalui penjenamaan baharu yang dilaksanakan baru-baru ini.

“Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk keluar dari UMNO pada hari ini dan bersama-sama berjuang dalam parti UPKO untuk masa depan Sabah yang lebih progresif dan sejahtera,” katanya.

Bekas Ketua Penyelaras Parti Harapan Rakyat Sabah kawasan Paginatan, Saidi Jaimin, 70, turut berkongsi pendapat yang sama ketika diminta mengulas mengenai keputusan yang diambil.

“Selepas Parti Harapan Rakyat Sabah dibubarkan oleh Presidennya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin, saya masih belum mengambil keputusan untuk menyertai mana-mana parti.

“Sehinggalah hari ini (kelmarin), saya terpanggil untuk hadir sendiri untuk mengisi dan menyerahkan borang keahlian kepada Presiden UPKO. Bukan atas dorongan sesiapa tetapi ini adalah atas kerelaan hati saya kerana saya melihat parti ini adalah satu-satunya parti yang konsisten dan sentiasa berjuang untuk hak-hak bumiputera dan rakyat Sabah,” katanya.

Loading...

Seorang lagi ahli baharu UPKO yang ditemui, Faizul Jamita, 45, berkata, politik di peringkat nasional pada ketika ini seolah-olah para pemimpin lebih mementingkan perebutan kuasa sendiri berbanding kepentingan rakyat.

“Untuk itu, saya menyertai UPKO kerana ia menunjukkan kepimpinan parti yang baik, dan berjuang untuk rakyat Sabah secara keseluruhan.

“Jadi saya menyertai UPKO secara ikhlas tanpa paksaan, tanpa sebarang habuan dan ini adalah di atas kerelaan hati saya sendiri,” katanya.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...