Usah perdaya rakyat lagi, rakyat bukan bodoh

Raggie Jessy Rithaudeen

اوسه ڤرداي رعيت لاڬي، رعيت بوكن بودوه

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

“Kerajaan pertimbang kemungkinan membenarkan ahli-ahli keluarga yang sudah divaksin sepenuhnya untuk berjumpa…

“Kerajaan pertimbang membenarkan mereka yang sudah divaksin sepenuhnya merentas negeri..




“Kerajaan pertimbang ini, kerajaan pertimbang itu, mungkin ini, mungkin itu, bla bla bla…”

Sudah sudahlah…dah berbulan-bulan kita dengar semua ini …

Yang nyata, kerajaan gagal menangani penularan wabak Covid-19.

Yang nyata, Pelan Pemulihan Negara telah gagal.

Yang nyata, nisbah kematian kepada jumlah penduduk antara tertinggi di dunia.

Yang nyata, kes bunuh diri makin meningkat.

Yang paling nyata, berpuluh ribu perniagaan lingkup dan lebih sejuta penduduk hilang sumber pendapatan kerana terpaksa mengharungi Perintah Kawalan Pergerakan yang gagal dan tiada kesudahan.

Loading...

Yang sudah divaksin penuh pun baru 15 peratus.

Jika ada peniaga di kalangan 15 peratus ini, mereka masih tidak boleh buka kedai jika kedai mereka tidak tergolong sebagai keperluan asas.

Jika mereka hilang sumber pendapatan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan, vaksin penuh pun tidak akan jadikan mereka tahan lapar…

Jadi tak payahlah pertimbang ini, pertimbang itu..

Tak payah cuba hiburkan hati 15 peratus yang sudah divaksin penuh…

Mereka juga perlu makan, mereka juga terkesan dengan kegagalan kerajaan…

Jika hendak pertimbang sangat, pertimbangkanlah tarikh pengunduran kerajaan agar mereka yang lebih berkeupayaan boleh mengambil alih.

Buktikanlah bahawa kerajaan ini prihatin, berhentilah memperdaya rakyat dengan harapan palsu kononnya segala yang dilakukan berhasil dan tidak ada sebarang masalah.

Rakyat bukannya bodoh, rakyat tengah seksa!

WAJIB BACA:

Terkini: Muhyiddin Yassin tumbang, UMNO putuskan tarik sokongan terhadap kerajaan berkuatkuasa serta merta



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...