Usaha G3 dihalang?

Timbalan Pengerusi Gagasan Tiga Malaysia (G3), Amran Ahmad Nor dan Naib Pengerusinya, Ariffin Abu Bakar hadir ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya bagi memberi keterangan berhubung kenyataan menyentuh sensitiviti agama dan perkauman dalam laman sosial.

Yang turut hadir ialah Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) merangkap Penasihat G3, Datuk Azwanddin Hamzah; Ketua Perwira JMM, Azlan Abu Bakar dan lebih 20 ahli G3 bagi memberi sokongan kepada Amran serta Ariffin.


KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Gagasan Tiga Malaysia (G3), Amran Ahmad dan Naib Pengerusinya, Ariffin Abu Bakar hadir ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya bagi memberi keterangan berhubung kenyataan menyentuh sensitiviti agama dan perkauman dalam laman sosial.

Menurut Amran, situasi beliau bersama kepemimpinan tertinggi G3 yang dipanggil pihak polis menunjukkan usaha gabungan itu untuk memastikan orang Melayu bersatu digeruni parti politik tertentu.

Katanya, G3 telah ditekan oleh sebuah parti politik yang bimbang dengan pengaruh gabungan tersebut dalam kalangan orang Melayu.


“Kita akan terus menentang agenda parti tersebut yang tidak mahu orang Melayu bersatu dan memastikan negara tidak hancur di tangan mereka.

“Orang Melayu perlu bangkit menentang agenda jahat mereka. Jika tidak, nasib orang Melayu akan menjadi seperti rakyat Palestin yang ditindas di tanah air sendiri,” katanya kepada pemberita di IPD Ampang Jaya sebelum memberi keterangan kepada polis di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) merangkap Penasihat G3, Datuk Azwanddin Hamzah; Ketua Perwira JMM, Azlan Abu Bakar dan lebih 20 ahli G3 bagi memberi sokongan kepada Amran serta Ariffin.

Sementara itu, Azlan berkata, G3 akan terus menolak sebarang usaha meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Me­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang diperjuangkan oleh pihak tertentu.

Katanya, orang Melayu tidak harus leka dan perlu berani memperjuangkan hak mereka seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“ICERD adalah jerat yang dipasang oleh parti perkauman untuk membolehkan hak istimewa orang Melayu terpakai kepada semua kaum,” katanya.

Sumber: Utusan Online

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...