Usaha hidupkan semula pasukan sukarela PPS disaat elaun angota APM disekat

Tun Carlos

Pasukan Peronda Sukarela (PPS) perlu dihidupkan semula bagi memberi bantuan segera dalam sebarang bencana, kata wakil Kerajaan Negeri Pulau Pinang Phee Boon Poh.




PPS merupakan sebuah pertubuhan keselamatan sukarela yang ditubuhkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang sejak 2008 lagi iaitu semenjak Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

PPS mempunyai 9,000 anggota yang sudah dilatih tetapi pasukan itu terbubar apabila diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri ketika Kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional.

PPS telah mempunyai banyak kontroversi kerana telah melanggar Seksyen 41 Akta Pertubuhan , mengasari wartawan, mencabar amaran polis , menggertak KPN dan meneruskan aktiviti ala ‘gengster’.

Mereka juga pernah menyertai perbarisan semasa Hari Kemerdekaan di peringkat Negeri sehingga menyebabkan kekeliruan orang ramai.

Oleh kerana PPS sudah mempunyai ramai anggota, kerajaan BN mencadangkan supaya anggota-anggota PPS diintegrasikan ke dalam Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) supaya boleh membantu kerja-kerja bantuan kecemasan dan bencana di negeri itu.

Walaupun begitu, Lim Guan Eng yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang tidak bersetuju untuk menyerapkan anggota PPS ke dalam JPAM.

Kini Kerajaan Negeri ingin menghidupkan semula PPS sekiranya mahkamah menarik balik dakwaan pertubuhan haram tersebut.

Loading...

Kebetulan kelmarin sudah tular cerita mengenai elaun anggota-anggota JPAM yang sekarang dikenali sebagai APM telah disekat kerana dikatakan Jabatan Pertahanan Awam telah kekurangan wang.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...