
اوسها كم نجيب ءحلالكنء كرجاسام ءانور-دڤ-قلوستر محكمهء سوده برمولا
Sertai saluran Telegram TTF di sini
Sekutu Datuk Seri Najib Tun Razak sudah memulakan usaha “menghalalkan kerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim” yang sememangnya diingini Najib dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dari awal lagi.
Pagi ini, Datuk Mohd Puad Zarkashi mendakwa slogan menolak Anwar Ibrahim dan DAP sudah terpadam susulan persefahaman yang dicapai – dan akan dimuktamadkan secara rasmi petang ini – di antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH).
Terdahulu, TTF menerbitkan bahagian satu (KLIK DI SINI) siri pembongkaran baharu yang memerincikan matlamat sebenar kluster mahkamah selepas kejatuhan kerajaan pimpinan Barisan Nasional di Pilihan Raya Umum ke-15.
Antaralain, TTF mendedahkan misi Najib dan Zahid untuk memasuki semula kerajaan menerusi pintu belakang dan terbuka kepada kemungkinan UMNO bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencantas Mahathir biarpun terpaksa bersekongkol dengan PKR, DAP dan AMANAH.
Sekutu Datuk Seri Najib Tun Razak sudah memulakan usaha “menghalalkan kerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim” yang sememangnya diingini Najib dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dari awal lagi.
Pagi ini, Datuk Mohd Puad Zarkashi mendakwa slogan menolak Anwar Ibrahim dan DAP sudah terpadam susulan persefahaman yang dicapai – dan akan dimuktamadkan secara rasmi petang ini – di antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH).
Malah, Puad menyifatkan DAP dan Anwar sebagai “berjiwa besar.”
“DAP (dan PH) terutamanya Anwar berjiwa besar.
“Walaupun (Anwar) gagal menjadi perdana menteri, tetapi demi masa depan negara dia sedia bekerjasama (dengan kerajaan) untuk meredakan ketegangan politik,” katanya dalam hantaran di media sosial pagi ini.
PH dan Putrajaya dilaporkan bersetuju untuk menandatangani memorandum persefahaman (MOU) yang berisi beberapa butiran pembaharuan sebagai langkah membawa landskap baru politik negara.
MOU berkenaan dijadual ditandatangani di parlimen petang nanti.
Untuk rekod, slogan “No Anwar, no DAP” dibangkitkan sesetengah pemimpin Umno ketika kerajaan Perikatan Nasional diketuai Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berdepan ancaman kejatuhan.
Beberapa anggota kabinet mendakwa ada pemimpin tertinggi Umno mendakwa sedang berpakat untuk bekerjasama dengan PH bagi menjatuhkan Muhyiddin.
Terdahulu, TTF menerbitkan bahagian satu (KLIK DI SINI) siri pembongkaran baharu yang memerincikan matlamat sebenar kluster mahkamah selepas kejatuhan kerajaan pimpinan Barisan Nasional di Pilihan Raya Umum ke-15.
TTF menulis:
1. Selepas Barisan Nasional kalah Pilihan Raya Umum ke-14, Kluster Mahkamah (atau Team A) cuba meyakinkan PAS untuk mengeratkan lagi kerjasama PAS-UMNO atas alasan perlunya inisiatif yang dimulakan oleh Najib sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 dimantapkan lagi demi mempertahankan kepentingan ummah menentang anasir jahat DAP.
2. Tetapi ini hanyalah alasan semata-mata, kerana pada ketika itu, beberapa pemimpin UMNO sememangnya sedang berbincang secara sulit kemungkinan untuk bekerjasama dengan DAP.
3. Ini terbukti apabila Tan Sri Annuar Musa (yang pada ketika itu masih bersekutu dengan Zahid) secara terbuka mengakui perlunya UMNO ‘bersifat matang’ dalam hal ini.
4. Najib dan Zahid sebenarnya ingin memasuki semula kerajaan menerusi pintu belakang dan terbuka kepada kemungkinan UMNO bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencantas Mahathir biarpun terpaksa bersekongkol dengan PKR, DAP dan AMANAH.
BACA PENDEDAHAN PENUH DI SINI
THE THIRD FORCE
Beberapa perengan dissenting daripada laporan Malaysiakini
WAJIB BACA:
Misi sebenar Kluster Mahkamah (Bahagian Satu) – Perjumpaan rahsia Zahid di Jakarta
