Usaha rahsia pelawa bekas ahli parimen UMNO sertai PKR untuk lemahkan Mahathir – Anwar diminta ulas

Apakah Anwar berdendam selama ini kerana mempelawa UMNO menyertai PPBM tanpa berbincang terlebih dahulu dengan Majlis Presiden PH? Sumber (gambar): Fail TTF

Semalam, pucuk pimpinan PKR Sabah mengutarakan rasa terkejut dengan berita penyertaaan bekas Ketua Menteri Sabah, Dato’ Seri Salleh Keruak, ke dalam parti tersebut.

Menurut Ketua PKR Cabang Semporna, Mohd Amin Abdul Mem, penyertaan Salleh sebagai ahli PKR Cabang Kota Belud seharusnya dimaklumkan terlebih dahulu kepada pimpinan utama negeri dan cabang yang terbabit.

Saya diberitahu, Anwar berada dalam keadaan terdesak dan sudah mulakan kempen rahsia untuk mempelawa seramai mungkin bekas ahli parlimen UMNO menyertai PKR agar Mahathir tidak mampu mengembangkan PPBM dan menjadikan parti tersebut parti ganti UMNO.

Malah, saya dimaklumkan bahawa Anwar sedang bekerjasama secara rahsia dengan seorang dua pemimpin kanan UMNO di mana misi kolektif mereka adalah untuk melemahkan kedua-dua Mahathir dan Dato’ Seri Azmin Ali dengan memperkasakan PKR.

Bolehkah Anwar ulas kebenaran maklumat ini?


SUBANG JAYA: Semalam, pucuk pimpinan PKR Sabah mengutarakan rasa terkejut dengan berita penyertaaan bekas Ketua Menteri Sabah, Dato’ Seri Salleh Keruak, ke dalam parti tersebut.

Menurut Ketua PKR Cabang Semporna, Mohd Amin Abdul Mem, penyertaan Salleh sebagai ahli PKR Cabang Kota Belud seharusnya dimaklumkan terlebih dahulu kepada pimpinan utama negeri dan cabang terbabit.

Kata Mohd Amin lagi, pucuk pimpinan PKR seharusnya dapatkan pandangan pemimpin negeri agar hasrat pemartabatan tuntutan kuasa autonomi negeri diberikan kepada Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah terus mekar dan diperkasa.


“Ianya tidak wajar dan bertentangan dengan polisi serta prinsip dipertahankan oleh parti khususnya era selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

“Pimpinan parti sepatutnya tegas dan penuh berhati-hati dengan kemasukan bekas pimpinan UMNO terutama keluar beramai-ramai pada bulan Disember 2018,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pemimpin DAP menyuarakan kerisauan apabila Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju menerima enam bekas anggota parlimen Umno menyertai PPBM.

Bekas anggota yang dimaksudkan ialah Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut), Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing), Datuk Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor), Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam), Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah).

Walaubagaimanapun, Lim Kit Siang terpaksa menerima tindakan Mahathir kerana sebelum ini, DAP juga pernah menerima seorang bekas menteri UMNO menyertai parti tersebut.

Pada 5hb Julai 2019 pula, Mahathir mempelawa semua parti politik Melayu termasuk Umno untuk menyertai Bersatu dalam usaha menyatupadu serta memperkasakan kuasa politik orang Melayu.

Perkara ini menimbulkan kerisauan di kalangan beberapa pemimpin PH yang mendakwa pelawaan tersebut tidak dibincangkan terlebih dahulu oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan menyebabkan ianya boleh menjurus kepada penyertaaan ahli-ahli politik UMNO yang bermasalah ke dalam Pakatan Harapan.

Apabila ditanya, presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, berselindung di belakang alasan Majlis Presiden perlu diberi peluang membincangkan cadangan tersebut sebelum beliau mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Walaubagaimanapun, beliau terus senyap selepas pertemuan Majlis Presiden di mana Mahathir memberitahu kepada sidang media bahawa pelawaan beliau adalah kerana tidak mahu melihat orang Melayu berpecah dan ketinggalan kerana tidak bersatu akibat penubuhan banyak parti.

Apakah Anwar berdendam selama ini?

Saya diberitahu, Anwar berada dalam keadaan terdesak dan sudah mulakan kempen mempelawa seramai mungkin bekas ahli parlimen UMNO menyertai PKR agar Mahathir tidak mampu mengembangkan PPBM dan menjadikan parti tersebut parti ganti UMNO.

Malah, saya dimaklumkan bahawa Anwar sedang bekerjasama secara rahsia dengan seorang dua pemimpin kanan UMNO di mana misi kolektif mereka adalah untuk melemahkan kedua-dua Mahathir dan Dato’ Seri Azmin Ali dengan memperkasakan PKR.

Bolehkah Anwar ulas kebenaran maklumat ini?

RJ RITHAUDEEN


Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...