Usir Zakir Naik: Amaran untuk DAP!

“Saya menyeru sahabat-sahabat seagama di dalam parti PPBM dan PKR, tunjukkan rasa sensitiviti anda kepada isu ini, buktikan solidariti anda bersama saudara seagama  anda di mana anda di dalam kerajaan mempunyai kekuatan untuk bersuara” – Ahmad Fadhli. Sumber (gambar): Harakah Daily

Ahmad Fadhli Shaari

SAYA membaca kenyataan terkini Lim Kit Siang di dalam Malaysiakiniyang sekali lagi mengulangi pendirian parti DAP bahawa pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik perlu diusir daripada negara ini. Kenyataan itu dapat diakses melalui laman web Malaysia kini di pautan berikut : https://m.malaysiakini.com/news/488051

Saya ingin mengulangi pendirian dan juga amaran kepada parti DAP, sebarang tekanan yang kamu kenakan terhadap kerajaan untuk mengusir Dr Zakir Naik daripada negara ini bererti kamu akan berdepan dengan kebangkitan besar-besaran umat Islam di Malaysia.




Walau apa jua situasi yang berlaku sekalipun, umat Islam di seluruh Malaysia diseru untuk mempertahankan saudara seakidah apatah lagi individu ini adalah merupakan tetamu kita di negara ini dan diusir Hanya semata-mata kerana berhujah menegakkan kebenaran akidah Islam.

Tiada lagi keaiban yang lebih besar daripada kita membiarkan saudara seagama kita diusir keluar daripada negara tumpah darah kita ini dalam keadaan kita hanya melihat tanpa sebarang tindakan.

Saya menyeru sahabat-sahabat seagama di dalam parti PPBM dan PKR, tunjukkan rasa sensitiviti anda kepada isu ini, buktikan solidariti anda bersama saudara seagama  anda di mana anda di dalam kerajaan mempunyai kekuatan untuk bersuara.

Dan kepada DAP,  jangan bermain dengan sarang tebuan.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...