Azmeer Khalid
1. Parlimen Malaysia menjadi sangat kelakar apabila usul Undi Tidak Percaya tidak mampu dihadapi oleh kabinet pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin hingga ke saat ini
2. Lebih kelakar apabila Speaker Dewan Rakyat cuba melengah-lengahkan usul penting itu dengan memberi pelbagai alasan termasuk perlu mendapat pandangan Menteri yang menjaga urusan Parlimen
3. Nama pun usul Undi Tidak Percaya, tak akan Menteri berkenaan nak membenarkan usul itu lepas jika dia benar-benar berkuasa dalam soal itu, mana mungkin Menteri itu ingin kehilangan posisinya jika usul itu berjaya
4. Namun, benarkah usul itu perlu melalui Menteri tersebut dan adakah Speaker boleh memandang mudah apabila wujud lebih daripada seorang ahli parlimen yang mengemukakan usul itu sedangkan sejak awal Mac 2020, Muhyiddin tidak pernah mampu membuktikan dia memiliki majoriti melainkan gambaran kasar sahaja melalui susunan kerusi dan melalui penukaran Speaker
5. Memandangkan kini berlaku keraguan di kalangan banyak pihak, Muhyiddin perlu dan wajib membuktikan bilangan sokongan ahli-ahli parlimen yang sah dipilih rakyat tanpa melibatkan undian Speaker atau undian Menteri atau Timbalan Menteri yang dilantik melalui Dewan Negara kerana itulah bukti nyata layak memimpin pentadbiran Eksekutif menurut peruntukan Perlembagaan Malaysia.
6. Parlimen Malaysia yang mengikut model Westminster sangat mementingkan soal membenarkan majoriti ahli-ahli parlimen melantik ketua Eksekutif di kalangan mereka kerana itulah simbol pemerintahan daripada rakyat, kepada rakyat dan untuk rakyat.
7. Oleh itu, apabila pentadbiran negara beralih di pertengahan penggal tanpa melalui Pilihan Raya Umum, maka ketua Eksekutif perlu dengan seberapa segera memanggil sidang Parlimen bagi mengesahkan beliau memiliki majoriti sokongan untuk terus mentadbir dan ini melayakkan jemaah kabinetnya menguruskan hal ehwal dan kewangan negara.
8. Namun, sehingga ke hari ini, selain daripada isu Covid-19, Muhyiddin kelihatan sering memainkan pelbagai helah untuk tidak membuktikan bilangan sebenar majoriti yang dimilikinya sehingga dikhuatiri dia sebenarnya langsung tidak berkelayakan menjadi Perdana Menteri.
9. Oleh itu rakyat Malaysia kini harus bangkit mendesak Parlimen Malaysia mengetengahkan usul Undi Percaya oleh kumpulan blok kerajaan atau Undi Tidak Percaya oleh kumpulan blok pembangkang demi memastikan siapakah sebenarnya yang selayaknya mentadbir dan menguruskan negara kita ini
Dirgahayu Malaysia!
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
