Usul undi tidak percaya Anwar 1 Julai ini disokong dua pemimpin kanan UMNO

TTF difahamkan bahawa terdapat beberapa kumpulan di dalam dan di luar UMNO yang pada ketika ini menonjolkan diri sebagai puak anti-DAP tetapi menyokong Anwar secara senyap dan turut dipercayai menerima dana daripada agen-agen Anwar. Sumber (gambar): TTF

Satu usul undi tidak percaya bakal dibentangkan di parlimen oleh seorang ahli parlimen kem Dato’ Seri Anwar Ibrahim apabila Dewan Rakyat mula bersidang pada 1hb Julai depan.

Menurut perancangan, Wan Azizah akan bercuti tidak lama selepas memegang tampuk kepimpinan kerajaan dan menyerahkan tugas beliau kepada suaminya, Anwar.

Beberapa bulan kemudian, Anwar dijangka mengambil alih jawatan Perdana Menteri menerusi peletakan jawatan isterinya dan melantik seorang pemimpin kanan DAP, dipercayai Lim Guan Eng, sebagai timbalan beliau.

Anwar pada ketika ini tidak mempunyai sokongan majoriti di parlimen dan amat mengharapkan sokongan daripada kedua-dua pemimpin kanan UMNO tersebut.


PETALING JAYA: Satu usul undi tidak percaya bakal dibentangkan di parlimen oleh seorang ahli parlimen kem Dato’ Seri Anwar Ibrahim apabila Dewan Rakyat mula bersidang pada 1hb Julai depan.

Berdasarkan maklumat yang diterima daripada sumber dipercayai, usul tersebut, yang dirancang oleh Anwar sendiri, akan disokong oleh dua orang pemimpin kanan UMNO.




TTF difahamkan bahawa pemimpin-pemimpin tersebut bersetuju Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijadikan Perdana Menteri dan Anwar timbalan Perdana Menteri.

Menurut perancangan, Wan Azizah akan bercuti tidak lama selepas memegang tampuk kepimpinan kerajaan dan menyerahkan tugas beliau kepada Anwar.

Beberapa bulan kemudian, Anwar dijangka mengambil alih jawatan Perdana Menteri menerusi peletakan jawatan isterinya dan melantik seorang pemimpin kanan DAP, dipercayai Lim Guan Eng, sebagai timbalan beliau.

Perkara ini turut dipersetujui dua pemimpin kanan UMNO tersebut.

Anwar pada ketika ini tidak mempunyai sokongan majoriti di parlimen untuk menjayakan usul undi tidak percaya beliau.

Justeru, beliau mengharapkan sokongan daripada ahli-ahli parlimen UMNO yang lain menerusi sokongan daripada dua pemimpin kanan tersebut.

TTF difahamkan terdapat beberapa kumpulan di dalam dan di luar UMNO yang pada ketika ini menonjolkan diri sebagai puak anti-DAP tetapi menyokong Anwar secara senyap dan dipercayai menerima dana daripada agen-agen Anwar.

Loading...

Kumpulan-kumpulan tersebut sedar akan kewujudan perjanjian-perjanjian sulit antara Anwar dan DAP tetapi terus menyokong beliau biarpun tahu perkara ini akan memudaratkan masyarakat Melayu-Islam.

Ini memandangkan DAP akan lebih berkuasa dan bermaharajalela apabila Anwar menjadi Perdana Menteri kelak.

Diharapkan pendedahan ini mampu mencantas usaha Anwar dan menyedarkan ahli-ahli parlimen UMNO betapa perlunya masyarakat Melayu-Islam dan Bumiputra bersatu menentang sebarang usaha untuk memarakan kuasa DAP yang pada ketika ini sahaja sudah begitu merugikan Islam dan institusi diraja.

THE THIRD FORCE



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...