Usul undi tidak percaya Anwar makin tidak menjadi

Kedua-dua Anwar dan DAP masing-masing dibantu oleh beberapa kroni Cina yang menghulurkan dana berbilion ringgit untuk membeli ahli-ahli parlimen kerajaan dan pembangkang, dipercayai pada harga RM25-30 bilion seorang. Sumber (gambar): TTF

Dato’ Seri Anwar Ibrahim sudah meraih sokongan 15 daripada jumlah ahli parlimen Barisan Nasional dalam usaha saat akhir beliau menjayakan usul tergempar undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Walaubagaimanapun, usaha tersebut dilihat makin terbantut apabila sebilangan ahli parlimen dari Gabungan Parti Sarawak dilihat mengambil sikap tunggu dan lihat manakala yang lain tidak bersetuju kerajaan Mahathir dijatuhkan.

Sehingga kini, Anwar masih tidak mempunyai bilangan yang cukup untuk menjayakan usul undi tidak percaya walaupun mendapat sokongan padu dua pemimpin kanan UMNO yang turut merupakan ahli parlimen.

Beliau mempunyai kurang daripada 11 hari persidangan untuk menjayakan usul tersebut sebelum meminta perkenan Yang Di-Pertuan Agong menjadikan Wan Azizah Perdana Menteri Malaysia ke-8.


SUBANG JAYA: Dato’ Seri Anwar Ibrahim sudah meraih sokongan 15 daripada jumlah ahli parlimen Barisan Nasional dalam usaha saat akhir beliau menjayakan usul tergempar undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Walaubagaimanapun, usaha tersebut dilihat makin terbantut apabila sebilangan ahli parlimen dari Gabungan Parti Sarawak dilihat mengambil sikap tunggu dan lihat manakala yang lain tidak bersetuju kerajaan Mahathir dijatuhkan.




Sementara itu, sepuluh ahli parlimen dari DAP dan Amanah dipercayai tidak akan menyokong usul tersebut biarpun Anwar disokong oleh pucuk pimpinan DAP untuk menggantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Kedua-dua Anwar dan DAP masing-masing dibantu beberapa kroni Cina yang menghulurkan dana berbilion ringgit untuk membeli ahli-ahli parlimen kerajaan dan pembangkang, dipercayai pada harga RM25-30 juta seorang.

Sehingga kini, Anwar masih tidak mempunyai bilangan yang cukup untuk menjayakan usul yang dirancang beliau walaupun mendapat sokongan padu dua pemimpin kanan UMNO yang bersetuju menyokong usul tersebut.

Kedua-dua mereka turut bersetuju dengan rancangan Anwar menjadikan seorang pemimpin kanan DAP, dipercayai Lim Guan Eng, sebagai timbalan Perdana Menteri.

Umno pada ketika ini terbelah kepada empat hingga lima puak dengan perpecahan paling ketara berlaku semalam sekembalinya Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada bercuti sebagai presiden parti.

Kemunculan semula Zahid secara tiba-tiba menjurus kepada usaha sebilangan penyokong Dato’ Seri Mohamad Hasan menimbangkan pembentangan usul tergempar meminta Zahid berundur bagi memberi ruang kepada Mohamad untuk menerajui parti.

Para netizen pula dilihat terbahagi kepada dua – mereka yang bersetuju Zahid kembali aktif sebagai presiden parti dan meraka yang merasakan Zahid tidak lagi relevan.

Loading...

Kem Mohamad dilihat menyokong Mahathir dikekalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia sehingga pilihanraya umum ke-15 dan menolak bulat-bulat usul undi tidak percaya yang cuba dibawa Anwar-DAP.

Apapun, parlimen sudah mula bersidang hari ini selama 12 hari bagi mesyuarat kedua, penggal kedua parlimen ke-14 tahun 2019.

Ini bermaknya Anwar mempunyai kurang daripada 11 hari untuk menjayakan usul undi tidak percaya beliau sebelum meminta perkenan Yang Di-Pertuan Agong menjadikan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Perdana Menteri Malaysia ke-8.

THE THIRD FORCE



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...