Veteran UMNO dakwa PAS ingin sertai kerajaan, wakil PAS didakwa bertemu PM beberapa kali

Raggie Jessy Rithaudeen

Malaysiakini memetik Setiausaha Veteran Umno Mustapha Yaakub sebagai berkata, PAS beberapa kali bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyertai kerajaan perpaduan.

“Bersatu tahu PAS telah berusaha untuk meyakinkan Anwar supaya mereka diterima dalam kerajaan. Bukan sekali, tapi sudah berkali-kali PAS menghantar ‘wakil-wakil’ mereka berjumpa Anwar untuk tujuan itu.




“Bersatu menyedari itu dan terasa mereka akan ‘dikencing’ PAS. Maka sebagai jalan keluar dan demi kelangsungan parti, mereka menawarkan untuk berkerjasama dengan Umno atas alasan dasar perjuangan Umno dan Bersatu adalah sama,” katanya sepertimana dilaporkan Malaysiakini.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/742038

Saya dah lama dengar berita seumpama ini, dan jika ianya benar, saya sokong penuh.

Kesilapan terbesar Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas PRU16 ialah menolak Titah cadangan YDPA Al-Sultan Abdullah agar Perikatan Nasional duduk bersama dalam kerajaan perpaduan.

Jika Muhyiddin menerima cadangan itu, maka berlakulah penyatuan Melayu-Islam menyeluruh dalam ertikata sebenar, di mana gandingan Barisan Nasional dan PN sahaja sudah memegang 100 kerusi Melayu.

Jika ditambah dengan kerusi Melayu milik PKR dan Amanah, blok Melayu-Islam sahaja sudah memiliki majoriti selesa buat kali pertama dalam sejarah.

Bukankah blok seumpama ini mampu mempertahankan Agama dan Bangsa dengan cukup berkesan tanpa perlu bimbang DAP? Tak akan blok Melayu-Islam sebesar ini boleh diselubungi bayang DAP?

Tapi Muhyiddin tidak terima cadangan YDPA Al-Sultan Abdullah. Sebaliknya, dari luar kerajaan, PN duk menyerang DAP sambil menyeru Melayu-Islam untuk “bangkit” dan “bersatu.”

Loading...

Masuk akal?

Melayu-Islam dah lama teringin bersatu. Yang tak bersatu dan duk bergeser macam orang tak tentu hala tak lain tak bukan PAS dan Bersatu.

Malah, ada belasan parti dan ngo dalam keluarga besar pembangkang, kesemuanya duk perjuangkan benda sama (Agama dan Bangsa), kesemuanya duk laung-laungkan “bangkit” dan Melayu bersatu.” Tapi mereka sendiri duk berterabur.

Memang mengarut.

Depa inilah masalah sebenar. Semuanya memiliki kepentingan. Lihat sahaja PN – satu gabungan, dua parti politik bertunjangkan kepimpinan Melayu-Islam, kedua-duanya perjuangkan benda sama.

Masuk akal?



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...