[VIDEO DISERTAKAN] PERGADUHAN MESYUARAT AMANAH KLUANG

Seorang ahli Amanah kawasan Kluang yang enggan mendedahkan namanya mengakui, mesyuarat tersebut bertukar tegang apabila berlaku perselisihan faham mengenai isu pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) Kawasan. Sumber (gambar): TTF

Mesyuarat Parti Amanah Kawasan Kluang, Johor yang berlangsung di sebuah hotel pada malam Rabu lalu bertukar kecoh susulan satu insiden pergaduhan.

Dalam pada itu, satu video berdurasi 29 saat mengenai insiden pergaduhan tersebut tular di media sosial sejak malam tadi (video disertakan di bawah).

Menerusi video itu, seorang lelaki yang mengenakan baju warna jingga dilihat menjerit menyuruh beberapa ahli supaya balik daripada mesyuarat tersebut.

Pada September lalu, Amanah Pusat mengarahkan sebanyak 655 cawangan dan 81 kawasan termasuk sayap Pemuda dan Wanita mengadakan mesyuarat tahunan dan pemilihan semula selepas mesyuarat sebelum ini tidak sah.


SHAH ALAM: Mesyuarat Parti Amanah Kawasan Kluang, Johor yang berlangsung di sebuah hotel pada malam Rabu lalu bertukar kecoh susulan satu insiden pergaduhan.

Seorang ahli Amanah kawasan Kluang yang enggan mendedahkan namanya mengakui, mesyuarat tersebut bertukar tegang apabila berlaku perselisihan faham mengenai isu pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) Kawasan.




“Perkara ini berlaku kerana ada perbalahan mengenai soal pemilihan AJK kawasan. Ada yang dakwa pemilihan telah disusun pihak tertentu tanpa persetujuan cawangan-cawangan, ” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Tambahnya, dalam mesyuarat sama beberapa ketua cawangan dalam kawasan Kluang juga menuntut untuk membatalkan pemilihan terbabit namun tidak diendahkan.

Dalam pada itu, satu video berdurasi 29 saat mengenai insiden pergaduhan tersebut tular di media sosial sejak malam tadi.

Artikel bersambung sleeps video

Menerusi video itu, seorang lelaki yang mengenakan baju warna jingga dilihat menjerit menyuruh beberapa ahli supaya balik daripada mesyuarat tersebut.

Seorang lagi lelaki memaki baju warna hitam dilihat menolak meja dan menghempas kerusi di dalam bilik mesyuarat itu.

Loading...

“Peti undi masuk tau. Kau jangan main gila dengan aku.

“Balik laa balik, nanti masuk hospital. Aku cakap mesyuarat ni berhenti, berhenti!,” kedengaran suara seorang lelaki daripada kumpulan yang mencetuskan pergaduhan pada mesyuarat itu.

Berdasarkan pencarian Sinar Harian di Facebook, mesyuarat Amanah Kawasan Kluang tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan.

Aminolhuda difahamkan sempat membuat ucapan perasmian sebelum itu berdasarkan video dan foto sekitar program yang dimuat naik di akaun Facebook, Wartawan Rakyat Page.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sewaktu pergaduhan itu, Aminolhuda yang juga Exco Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri Johor masih berada di situ atau sudah pulang.

Pada September lalu, Amanah Pusat mengarahkan sebanyak 655 cawangan dan 81 kawasan termasuk sayap Pemuda dan Wanita mengadakan mesyuarat tahunan dan pemilihan semula selepas mesyuarat sebelum ini tidak sah.

Difahamkan, isu itu berbangkit kerana kelemahan pengurusan Amanah di peringkat ibu pejabat yang tidak meneliti atau menyerahkan minit-minit mesyuarat daripada pelbagai peringkat parti kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

Sinar Harian sedang cuba mendapatkan penjelasan daripada pemimpin utama parti itu susulan insiden pergaduhan terbabit.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...