Note: Guan Eng, lu juga jangan main-main sama saya wor…you pakat sama itu Richard Malanjum mau kasi you bebas bukan (RUJUK LINK DI SINI)?
THE THIRD FORCE
Berikut merupakan liputan berita berserta video yang dipetik dari sumber KiniTV:
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberi amaran keras kepada mana-mana ahli atau pemimpin parti supaya tidak menerima pingat.
Berucap di Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur semalam, Guan Eng mengingatkan pemimpin supaya tidak lawan parti dan tindakan disiplin akan dikenakan jika ingkar.
Justeru beliau mengingatkan pemimpin supaya berpegang teguh pada prinsip parti dan hanya menfokuskan untuk berkhidmat kepada rakyat.
Guan Eng mengingatkan kepada mana-mana pemimpin yang diberi jawatan dan (menerima pingat) jika lupa pengorbanan ahli-ahli bawahan beliau akan mengarahkan tindakan disiplin akan dikenakan kepada mereka.
Isu menerima gelaran timbul apabila Pengerusi DAP Melaka Tey Kok Kiew bersama ADUN Bemban, Datuk Wong Fort Pin, dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan Ulang Tahun ke-80 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob.
Dua menteri DAP Sabah iaitu Datuk Stephen Wong dan Datuk Frankie Poon turut dianugerahkan Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Jadi Rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.
Sementara itu, sebelum ini dilaporkan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Loke Siew Fook berkata Negeri Sembilan telahpun membuat usul supaya tiada ahli atau pemimpin parti mencadangkan nama sendiri untuk dipertimbangkan menerima pingat.
Katanya, pendirian untuk tidak menerima sebarang pingat itu dibuat kerana mereka berpendapat belum layak.
