
GERAKAN BANGSA NASIONAL
“Tindakan speaker negeri Selangor, Ng Suee Lim memendekkan tempoh persidangan DUN tanpa berbincang telebih dahulu dengan kerajaan negeri Selangor amat memalukan dan mencurigakan.
“Tindakan ini bukan hanya membelakangkan YAB Menteri Besar dan EXCO negeri yang bertanggungjawab secara langsung terhadap perlantikannya, ianya turut dilihat sebagai satu usaha tersirat bagi menghalang Exco Agama Islam, iaitu Dato Menteri Besar sendiri, membentangkan rang undang-undang berkaitan penukaran agama anak di bawah umur secara unilateral.
“Oleh itu, GBN meminta pada wakil-wakil rakyat Islam di Selangor yang merangkumi 38 orang ADUN Islam supaya membuat satu tindakan untuk menurunkan speaker yang bukan Islam di negeri ini.
“GBN turut memohon perkenan dan jasa baik Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku ketua agama Islam negeri Selangor untuk masuk campur agar speaker tersebut dapat digantikan dengan seorang beragama Islam”
Rosdzaman Dato’ Mohd Yusup
LIHAT SEDANG MEDIA PENUH DI SINI
