“Pihak GBN sebentar tadi memutuskan sebulat suara untuk membuat laporan polis esok di IPD Subang Jaya pada pukul 3 petang bagi meminta pihak polis menyiasat Singh di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- langkah Khas) 2012 (SOSMA), Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan 1948. Tujuan laporan dibuat esok adalah bagi memberi peluang kepada umat Islam untuk turun beramai-ramai ke IPD Subang Jaya untuk buat laporan bersama sebagai tanda solidariti dan komitmen kita terhadap perjuangan mempertahankan kemuliaan serta maruah bangsa dan agama kita”
Raggie Jessy Rithaudeen
Seorang lelaki dipercayai berbangsa Punjabi dan beragama Sikh (kemudian daripada ini digelar sebagai “Singh”) hari ini mengugut bunuh seorang Pegawai Polis berpangkat Koperal di pondok kawalan keselamatan di Ibu Pejabat Polis Pusat di Bukit Aman.
Kejadian yang berlaku lebih kurang pukul 5 petang itu disaksikan oleh saya sendiri bersama Pengerusi Bersama GBN, Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup, Pengerusi GBN Shah Alam Norismail Sarbini serta beberapa orang yang ada di perkarangan pondok keselamatan dan Masjid Bukit Aman.
Ketika ditemui, Koperal Shahrizal bin Ahmad Tarmidi yang berada di pondok kawalan keselamatan mengesahkan beliau diugut bunuh oleh ‘Singh’ berkenaan kerana tidak dibenarkan melepasi pondok tersebut (gambar lelaki di bawah).
Menurut Shahrizal, lelaki tersebut terus mula memaki dan menjerit-jerit sambil mengeluarkan kata-kata kesat menghina Melayu dan Islam.
Lelaki tersebut keudiannya keluar daripada pondok kawalan keselamatan dan terus memaki Melayu-Islam yang berada di kawasan perkarangan pondok tersebut, termasuk seorang daripada rakan GBN yang turut bersama saya di Bukit Aman.
Singh kemudiannya menaiki motosikal dan merentasi kawasan luar masjid sambil mememaki agama Islam serta Melayu-Islam yang berada di perkarangan masjid tersebut.
Beliau kelihaan bengis dan mencabar-cabar mereka yang berada di luar perkarangan masjid, termasuk saya, untuk “upload” gelagatnya di Facebook sambil menggelar Melayu “Bangsat,” “Pukimak” dan sebagainya.
GBN berada di Bukit Aman petang tadi untuk menyerahkan sepcucuk surat kepada Ketua Polis Negara, Dato’ Seri Abdul Hamid Bador, bagi membincangkan kekebalan luarbiasa Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng.
Sebaik selepas surat tersebut dihantar, GBN mengadakan satu sidang Facebook live di perkarangan luar podok kawalan keselamatan sebelum Singh muncul dan kejadian tersebut berlaku.
LIHAT SIDANG MEDIA PENUH PENGHANTARAN SURAT HAMID BADOR DI SINI
Pihak GBN sebentar tadi memutuskan sebulat suara untuk membuat laporan polis esok di IPD Subang Jaya pada pukul 3 petang bagi meminta pihak polis menyiasat Singh di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- langkah Khas) 2012 (SOSMA), Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan 1948.
Tujuan laporan dibuat esok adalah bagi memberi peluang kepada umat Islam untuk turun beramai-ramai ke IPD Subang Jaya untuk buat laporan bersama sebagai tanda solidariti dan komitmen kita terhadap perjuangan mempertahankan kemuliaan serta maruah bangsa dan agama kita.
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya di WhatsApp +60164049082
FOLLOW ME ON TELEGRAM AND TWITTER:
TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com
