
Malaysiaku Tanah Airku
Semalam, bersamaan 11hb Mac 2019, pihak Pergerakan Malaysiaku Tanahairku (PMT) telah bersama-sama Pergerakan Bugis Bangkit (PBB) dan beberapa aktivis lain menyerahkan sepucuk surat kepada Presiden Majlis Peguam Malaysia, George Varughese.
Dalam surat tersebut, saya, selaku Ketua PMT, meminta jasa baik George Varughese untuk memulakan siasatan pihak Majlis Peguam terhadap kedua-dua Dato’ Ambiga Sreenevasan dan Americk Singh Sidhu, iaitu peguam-peguam berdaftar dengan Majlis Peguam, atas tuduhan melakukan jenayah-jenayah tertentu di sisi undang-undang Malaysia (lihat rakaman live di bawah bagi penjelasan terperinci berkenaan langkah-langkah yang telah dan bakal di ambil).
https://www.facebook.com/2128468974136128/videos/303679023676972/
Jenayah-jenayah yang dimaksudkan diperinci dalam dua laporan polis yang telah saya lampirkan bersama-sama surat tersebut, iaitu satu laporan terhadap Ambiga yang dibuat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Subang Jaya pada 9hb Febuari 2019 dan satu lagi terhadap Americk yang dibuat di balai yang sama pada 5 hb Mac 2019.
Di dalam laporan terhadap Ambga, saya telah meminta pihak polis untuk menyiasat samada benar beliau menabur fitnah terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan memberitahu pemilik dan pengendali portal Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, bahawa Najib menyogok kepimpinan tertinggi PAS dengan wang suapan bernilai RM90 juta.
Di dalam laporan terhadap Americk pula, saya telah meminta pihak polis untuk menyiasat satu konspirasi yang cukup jahat melibatkan Americk, Bank Negara, Pengurus Maybank Jalan Tun Razak dan Dato’ Dr Rameli Musa untuk menyalurkan dana bernilai RM1.4 juta secara haram merentasi sempadan ke dalam akaun bank Clare Rewcastle Brown di United Kingdom (UK)
Click on the button below, or send a WhatsApp to +60164049082 if you intend to make a direct contribution to our account. We thank you for your support and hope to continue bringing you great content in the years to follow.
FOLLOW US ALSO VIA THE FOLLOWING LINKS:
Raggie Jessy Rithaudeen on Twitter
The Third Force on Twitter
Raggie Jessy Rithaudeen on Facebook
TowardsGE15 on Facebook
Gagasan Tiga (G3) on Facebook
The Third Force (Telegram)
