
Menurut Pengerusi Bersama Gerakan Bangsa Nasional, Rosdzaman Dato’ Mohd Yusup, rakyat berhak masuk campur kemelut politik PKR memandangkan ianya melibatkan dua pemimpin parti yang sama-sama bergelar calon bakal Perdana Menteri.
Rosdzaman turut menzahirkan rasa bimbangnya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sedang cuba mengalihkan perhatian ahli-ahli parlimen dari hakikat bahawa Azmin pada ketika ini memiliki sokongan majoriti dalam PKR dan mampu mencetuskan undi tidak percaya terhadap Anwar.
“Saya mencabar Wan Azizah sendiri untuk dedahkan kepada polis sekiranya benar Dato’ Seri Anwar Ibrahim merupakan salah seorang individu yang mendalangi penyebaran video seks,” kata beliau.
PETALING JAYA: Rakyat berhak masuk campur kemelut politik PKR memandangkan ianya melibatkan dua pemimpin parti yang sama-sama bergelar calon bakal Perdana Menteri.
Demikian menurut Pengerusi Bersama Gerakan Bangsa Nasional, Rosdzaman Dato’ Mohd Yusup, yang turut menyarankan agar Dato’ Seri Azmin Ali membuat keputusan segera samada masih bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim ataupun sudah tidak yakin lagi dengan kepimpinan beliau.
Kenyataan Rosdzaman (artikel bersambung bawah)
“Saya juga ingin menegaskan, bahawa sudah menjadi hak setiap orang yang bergelar rakyat Malaysia untuk menyuarakan penapat serta memberi teguran berkenaan kes semburit dan polemik yang melanda PKR atas sebab-sebab berikut:
1. Kenyataan-kenyataan yang dibuat pemimpin-pemimpin PKR yang turut memegang jawatan dalam kerajaan dibuat secara umum dan menjadi tumpuan media dan hampir kesemua ahli-ahli politik tempatan.
2. Kenyataan-kenyataan ini serta polemik yang melanda disebabkan tumpuan luarbiasa yang diberikan semua pihak menggangu gugat perjalanan pentadbiran negara.
3. Kesemua ini dilihat menakutkan pelabur yang mungkin khuatir situasi politik semasa negara kita kurang stabil.
Rosdzaman turut menzahirkan rasa bimbangnya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sedang cuba mengalihkan perhatian ahli-ahli parlimen dari hakikat bahawa Azmin pada ketika ini memiliki sokongan majoriti dalam PKR dan mampu mencetuskan undi tidak percaya terhadap Anwar.
Ini susulan nasihat Presiden Pakatan Harapan (PH) tersebut kepada Azmin dan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari untuk bekerjasama dengan pihak polis berhubung isu dalang penyebaran video seks sejenis dikaitkan dengan Mohamed Azmin.
“Saya mencabar Wan Azizah sendiri untuk dedahkan kepada polis sekiranya benar Dato’ Seri Anwar Ibrahim merupakan salah seorang individu yang mendalangi penyebaran video seks.
“Saya turut menggesa beliau untuk berterus-terang dengan rakyat Malaysia, khususnya mereka yang beragama Islam, sekiranya benar Anwar bersetuju dengan Lim Kit Siang untuk jadikan Lim Guan Eng Timbalan Perdana Menteri.”
Turut hadir pada sidang media tersebut Pengerusi Bersama GBN, Raggie Jessy Rithaudeen dan Pengerusi Sahabat 565, Mohd Ismawi bin Ismail.
GERAKAN BANGSA NASIONAL
