Video seks Haziq: Tangkapan akan dibuat sebaik siasatan selesai

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, berkata pihaknya turut mengenal pasti ahli parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu berkepentingan yang menjadi dalang di sebalik pembikinan dan penyebaran video itu. Sumber (gambar): Fail TTF

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, berkata pihak Polis sudah menahan beberapa individu yang disyaki terbabit dalam pembikinan dan penyebaran video seks membabitkan bekas Ketua Pemuda PKR Santubong, Muhamad Haziq Abdul Aziz dan seorang individu lain.

“Sebaik siasatan untuk mengaitkan dalang berkenaan selesai, kita akan terus melakukan tindakan menahannya semua yang terbabit.

“Malah mereka yang terbabit dalam menyebarkan video lucah hubungan sejenis itu juga akan diambil tindakan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka, Perumahan Blok Melati Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Setiawangsa, malam tadi.


KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan beberapa individu yang disyaki terbabit dalam pembikinan dan penyebaran video seks membabitkan bekas Ketua Pemuda PKR Santubong, Muhamad Haziq Abdul Aziz dan seorang individu lain.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, berkata pihaknya turut mengenal pasti ahli parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu berkepentingan yang menjadi dalang di sebalik pembikinan dan penyebaran video itu.




Beliau berkata, berdasarkan siasatan terkini, wujud satu bentuk pakatan atau konspirasi di belakang kumpulan individu terbabit untuk menyebarkan video berkenaan yang mula tersebar dalam laman sosial sejak 11 Jun lalu.

“Kita sudah mempunyai bayangan kepada dalang utama dan akan mengambil tindakan terhadapnya sebaik siasatan dilengkapkan, selain bukti-bukti kukuh diperoleh.

“Tidak kira sama ada dia (suspek) ahli politik, badan bukan kerajaan atau individu berkepentingan, kita (polis) akan tetap ambil tindakan.

“Sebaik siasatan untuk mengaitkan dalang berkenaan selesai, kita akan terus melakukan tindakan menahannya semua yang terbabit.

“Malah mereka yang terbabit dalam menyebarkan video lucah hubungan sejenis itu juga akan diambil tindakan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka, Perumahan Blok Melati Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Setiawangsa, malam tadi.

Beliau berkata, pada masa ini polis sudah mengambil keterangan dari saksi berkaitan serta melakukan tangkapan ke atas mereka yang disyaki menyebarkan video berkenaan.

Sebelum ini, beberapa siri video seks membabitkan dua lelaki tular di media sosial diikuti pengakuan oleh Haziq yang mengaku sebagai seorang daripada lelaki dalam video berkenaan.

Loading...

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...