Video seks: Proses pengecaman wajah negatif, ketulenan video tinggi

Datuk Seri Abdul Hamid Bador, berkata proses pengecaman wajah ke atas video lucah itu yang dibuat oleh CyberSecurity Malaysia adalah negatif walaupun kebarangkalian ketulenan video lucah terbabit adalah tinggi. Sumber (gambar): Fail TTF

Analisis pakar ke atas video lucah yang sebelum ini dikaitkan dengan seorang menteri tidak dapat mengaitkan pelaku dengan ahli politik berkenaan.

“Hasil siasatan PDRM juga mendedahkan wujud pakatan jahat yang didalangi seorang pemimpin sebuah parti politik, bertujuan mengaibkan dan menjatuhkan reputasi individu tertentu.

Walaupun Abdul Hamid tidak mendedahkan individu yang cuba diaibkan, sebelum ini nama Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dikaitkan dengan video berkenaan.


KUALA LUMPUR: Analisis pakar ke atas video lucah yang sebelum ini dikaitkan dengan seorang menteri tidak dapat mengaitkan pelaku dengan ahli politik berkenaan.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, berkata proses pengecaman wajah ke atas video lucah itu yang dibuat oleh CyberSecurity Malaysia adalah negatif, walaupun kebarangkalian ketulenan video lucah terbabit adalah tinggi.

“Hasil siasatan PDRM juga mendedahkan wujud pakatan jahat yang didalangi seorang pemimpin sebuah parti politik, bertujuan mengaibkan dan menjatuhkan reputasi individu tertentu.


“Video yang disebarkan dengan tujuan membangkitkan kegusaran masyarakat terbabit, dihasilkan oleh pihak yang diupah dengan ratusan ribu ringgit,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Walaupun Abdul Hamid tidak mendedahkan individu yang cuba diaibkan, sebelum ini nama Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dikaitkan dengan video berkenaan.

Video lucah itu yang didakwa membaitkan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Santubong dan dikaitkan dengan menteri berkenaan tersebar di media sosial.

Sehari selepas video itu tersebar bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz mengaku sebagai salah seorang pelaku.

Sumber:

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...