Video seks: Tiga lagi ditahan, termasuk seorang ahli politik

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan penahan tiga lelaki tersebut. Sumber (gambar): Fail TTF

Tiga lelaki ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekitar Johor Bahru hari ini bagi membantu siasatan kes penyebaran video seks mirip menteri kanan Kabinet yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Difahamkan, seorang daripada mereka merupakan seorang ahli politik yang mengetuai parti di sebuah negeri.

Semalam, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Haziq Abdullah Abdul Aziz bersama lima lelaki ditahan reman sehingga 20 Julai bagi membantu siasatan berhubung penularan video seks berkenaan.


KUALA LUMPUR: Tiga lelaki ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekitar Johor Bahru hari ini bagi membantu siasatan kes penyebaran video seks mirip menteri kanan Kabinet yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Kesemua yang ditahan berusia antara 29 dan 37 tahun.




Difahamkan, seorang daripada mereka merupakan seorang ahli politik yang mengetuai parti di sebuah negeri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan penahan tiga lelaki tersebut.

Namun beliau tidak mengulas apabila ditanya sama ada seorang daripada yang ditahan merupakan ahli politik.

“Ya, kita tahan dua lelaki Melayu dan seorang India di Johor Bahru berhubung kes video seks yang tular,” katanya.

Semalam, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Haziq Abdullah Abdul Aziz bersama lima lelaki ditahan reman sehingga 20 Julai bagi membantu siasatan berhubung penularan video seks berkenaan.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Namirah Hanum Mohamed Albaki di Mahkamah Majistret di sini bagi siasatan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sumber:

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...