[VIDEO] SIDANG MEDIA: LAPORAN DIBUAT, POLIS DIMINTA USAHAKAN PEMBEKUAN AKAUN BANK RAMASAMY DAN DAP BAGI MENGESAN ALIRAN DANA LTTE

Raggie Jessy Rithaudeen

Berikut (video di bawah) merupakan sidang media penuh Gerakan Bangsa Nasional (GBN) petang tadi berhubung laporan polis yang dibuat terhadap parti DAP dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Ramasamy. Dalam laporan tersebut, saya meminta pihak polis menyiasat kemungkinan Ramasamy dan DAP terlibat dengan transaksi dana bagi menghidupkan LTTE di Malaysia (teks penuh di bawah video)

Lihat teks laporan penuh di bawah video




KLIK DI SINI UNTUK LIHAT SIDANG MEDIA MENERUSI FACEBOOK GBN

TEKS PENUH LAPORAN POLIS:

SEMALAM, SEMASA BERADA DI KAWASAN MASJID SUBANG JAYA DEPAN IPD SUBANG JAYA, LEBIH KURANG PADA PUKUL 2.30 TENGAH HARI, SAYA MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MEMBUAT LAPORAN POLIS TERHADAP DAP ATAS SEBAB BERIKUT:

1. SAYA MENGESYAKI PARTI TERSEBUT (DAP) MENYOKONG USAHA BEBERAPA AHLINYA YANG DITAHAN BARU-BARU INI MENGHIDUPKAN SEMULA KUMPULAN PENGGANAS “LIBERATION TIGERS OF TAMIL EELAM (LTTE) DI MALAYSIA

2. PDRM SUDAHPUN MENGESAHKAN BERLAKU TRANSAKSI KEWANGAN DALAM JUMLAH YANG BESAR MELIBATKAN AHLI-AHLI DAP YANG DITAHAN DI MANA DANA TERSEBUT DISYAKI BERTUJUAN MENGGERAKKAN KUMPULAN PENGGANAS LTTE.

3. SAYA MENGESYAKI DAP TURUT TERLIBAT DENGAN TRANSAKSI KEWANGAN SEDEMIKIAN MELIBATKAN LTTE DAN JUGA ORGANISASI LAIN YANG MENCURIGAKAN

4. SAYA MENGESYAKI BAHAWA TIMBALAN KETUA MENTERI PULAU PINANG, YB RAMASAMY, TURUT MERUPAKAN PENYOKONG LTTE BERDASARKAN GAMBAR-GAMBAR YANG TULAR SERTA POSTING-POSTING FACEBOOK MENUNJUKKAN BELIAU MENYOKONG KUMPULAN PENGGANAS TERSEBUT.

5. SEBELUM INI RAMASAMY PERNAH MENGESAHKAN TERLIBAT SECARA LANGSUNG DENGAN JAWATANKUASA HAL-EHWAL PERLEMBAGAAN LTTE YANG BERPUSAT DI SRI LANKA, MENANDAKAN RAMASAMY MASUK CAMPUR SECARA LANGSUNG DALAM HAL-EHWAL POLITIK SRI LANKA DAN NASIB SEBUAH PERGERAKKAN KEGANASAN.

6. KEPIMPINAN TERTINGGI DAP TIDAK NAMPAK BERUSAHA MENANGANI KEMUNGKINAN ADANYA USAHA DI KALANGAN AHLI-AHLINYA MEWUJUDKAN KUMPULAN PENGGANAS DI MALAYSIA BIARPUN EMPAT ORANG AHLINYA DITANGKAP ATAS KEMUNGKINAN BERKENAAN.

JUSTERU, SAYA MEMINTA JASA BAIK PDRM, KHUSUSNYA KETUA POLIS NEGARA, DATO’ SERI ABDUL HAMID BADOR, DAN KETUA BAHAGIAN D8, DATO’ AYOB KHAN, UNTUK MENYIASAT KEMUNGKINAN RAMASAMY DAN DAP TERLIBAT DENGAN TRANSAKSI DANA BAGI MENGHIDUPKAN LTTE DI MALAYSIA.

SAYA JUGA MENYERU PDRM BERHUBUNG DENGAN PIHAK SPRM DAN JUGA BANK NEGARA BAGI MEMULAKAN USAHA KE ARAH PEMBEKUAN SEMUA AKAUN BANK DAP DAN RAMASAMY BAGI TUJUAN MEMBANTU SIASATAN.

SEKIAN LAPORAN SAYA

Note: Sila klik butang “notification” untuk dapatkan pemberitahuan setiap kali artikel diterbitkan



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...