
Pengerusi Bersama Gerakan Bangsa Nasional (GBN) Rosdzaman Dato’ Mohd Yusup semalam menegaskan bahawa Lembaga Disiplin (LD) Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak berlaku adil terhadap Haziq Abdullah Abul Aziz.
Menurut Rosdzaman, semasa Langkah Kajang, kedua-dua Saifuddin dan Rafizi mula menyebarkan maklumat palsu berkenaan Menteri Besar Selangor pada ketika itu, iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
“Jadi saya hairan bagaimana Haziq boleh dipecat dari PKR atas alasan “menuduh pucuk pimpinan tanpa bukti” sedangkan Saifuddin sendiri yang jelas melakukan kesalahan yang sama malah mengaku menabur fitnah diangkat semula sebagai setiausaha-umum parti.
“Saya turut hairan bagaimana Anwar boleh katakan tempoh hari bahawa lembaga disiplin parti tidak berpihak kepada sesiapa sedangkan kes Saifuddin dan Haziq jelas menunjukkan bahawa lembaga tersebut hanya berpihak kepada mereka yang berada dalam kem Anwar.”
SUBANG JAYA: Lembaga Disiplin (LD) Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak berlaku adil apabila memecat Haziq Abdullah Abul Aziz dari parti.
Demikian menurut Pengerusi Bersama Gerakan Bangsa Nasional (GBN), Rosdzaman Dato’ Mohd Yusup, yang menegaskan bahawa LD PKR sepatutnya turut memecat Dato’ Saifuddin Nasution dan Rafizi Ramli kerana menabur pelbagai fitnah terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Semasa Langkah Kajang (pada tahun 2014), kedua-dua Saifuddin dan Rafizi mula menyebarkan maklumat palsu berkenaan Menteri Besar Selangor pada ketika itu, iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Malah, Saifuddin turut terlibat secara langsung dalam penyediaan satu dokumen 91 muka yang kononya memperincikan salahlaku Khalid.
“Dokumen tersebut berserta maklumat-maklumat perbankan sulit yang melanggar beberapa undang-undang negara melibatkan Akta Perbankan dan Akta Rahsia Rasmi.
Saksikan sesi Rosdzaman di bawah
SAKSIKAN SIDANG MEDIA PENUH DI SINI
“Kesemua ini menjurus kepada saman fitnah oleh Khalid terhadap beberapa defenden yang dinamakan dalam saman fitnah tersebut, termasuk Saifuddin, yang menandatangani dukumen 91 muka itu.
“Setahun kemudian, Saifuddin memasuki satu perjanjian “settlement” dengan Khalid dimana beliau meminta maaf secara terbuka kepada bekas Menteri Besar Selangor tersebut dan mengaku bahawa tuduhan-tuduhan yang terkandung dalam dokumen 91-muka itu adalah palsu,” kata Rosdzaman.
Menurut beliau lagi, bukan hanya Saifuddin dan Rafizi tidak pernah dipecat dari PKR, kedua-dua mereka terus diberikan jawatan penting dalam pucuk pimpinan parti.
“Jadi saya hairan bagaimana Haziq boleh dipecat dari PKR atas alasan “menuduh pucuk pimpinan tanpa bukti” sedangkan Saifuddin sendiri yang jelas melakukan kesalahan yang sama malah mengaku menabur fitnah diangkat semula sebagai setiausaha-umum parti.
“Saya turut hairan bagaimana Anwar boleh katakan tempoh hari bahawa lembaga disiplin parti tidak berpihak kepada sesiapa sedangkan kes Saifuddin dan Haziq jelas menunjukkan bahawa lembaga tersebut hanya berpihak kepada mereka yang berada dalam kem Anwar.”
Terdahulu, Pengarah Bersama GBN, Raggie Jessy Rithaudeen, menegaskan bahawa Haziq turut mempunyai bukti hubungan intim melibatkan individu-individu lain dalam PKR.
“Perkara ini begitu ditakuti oleh Anwar. Inilah sebabnya mengapa orang-orang beliau ‘mengepung’ Haziq sebaik sahaja video seks melibatkan Haziq dan Azmin Ali tular.
“Anwar takut Haziq akan mendedahkan lebih banyak maklumat, termasuk hubungan ‘sulit’ beliau (Anwar) dengan Azmin dan hal-hal lain yang bersangkut-paut dengan pelaburan dana dalam pembangunan negeri Selangor.
GERAKAN BANGSA NASIONAL
