[VIDEO] Syazlin: Tommy Thomas ‘berniat jahat’ terhadap saya, suami saya

Menurut Syazlin, antara isu yang membuatkannya tidak yakin dengan kerajaan PH adalah kegagalan untuk menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Sumber (gambar): Fail TTF

Peguam, Syazlin Mansor mengubah pendirian beliau dengan mengumumkan akan terus mewakili keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim dalam prosiding inkues kematian mangsa.

“Pada pandangan saya, ada cubaan untuk mengacau ganggu prosiding inkues ini terutamanya dalam hal berkaitan keterangan yang dikemukakan saksi pakar,” katanya dalam sidang akhbar yang dianjurkan Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) di ibu pejabat Majlis Perundingan Melayu (MPM) di sini hari ini.


KUALA LUMPUR: Peguam, Syazlin Mansor mengubah pendirian beliau dengan mengumumkan akan terus mewakili keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim dalam prosiding inkues kematian mangsa.

Menurut Syazlin, langkah itu dibuat selepas beliau mengambil kira beberapa perkara termasuk menunggu perbincangan antara Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dan Peguam Negara, Tommy Thomas selesai.

“Ayah kepada Allahyarham Muhammad Adib juga pernah berjumpa dengan saya dan merayu agar saya terus mewakili keluarga mereka dalam prosiding inkues ini.


“Pada pandangan saya, ada cubaan untuk mengacau ganggu prosiding inkues ini terutamanya dalam hal berkaitan keterangan yang dikemukakan saksi pakar,” katanya dalam sidang akhbar yang dianjurkan Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) di ibu pejabat Majlis Perundingan Melayu (MPM) di sini hari ini.

Syazlin Mansor terkilan dengan sikap Peguam Negara, Tommy Thomas yang mengheret suaminya, Ahmad Soffian Mohd. Shariff dalam kes tersebut.Syazlin percaya tindakan Tommy itu berniat jahat untuk memburukkan nama baiknya dan juga Ahmad Soffian yang juga Setiausaha Akhbar, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan , Zuraida Kamaruddin. Sumber (kapsyen, video): Malaysia Gazette

Yang turut hadir ialah Presiden PPMM, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.

Sementara itu, suami Syazlin, Ahmad Soffian Mohd. Shariff berkata, punca sebenar dia meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Akhbar kepada Zuraida adalah kerana tidak yakin dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan bukannya kerana isu prosiding inkues Allahyarham Adib semata-mata.

Katanya, antara isu yang membuatkannya tidak yakin dengan kerajaan PH adalah kegagalan untuk menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Banyak perkara yang sepatutnya tidak berlaku tetapi ia terjadi dalam era Malaysia baharu ini,” katanya.

Sumber:

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...