
Pengerusi Gerakan Bangsa Nasional (GBN) Sabak Bernam, Abdul Razak Dato’ Mohd Ghazali, semalam memberi tempoh 24 jam kepada Dato’ Seri Azmin Ali untuk menjawab sekiranya benar beliau merupakan orang di dalam video yang tular di media sosial.
“Kita minta Menteri Hal Ehwal Ekonomi, sebelum dia menjalankan tugas-tugas sebagai menteri yang menjaga ekonomi kami rakyat Malaysia, muncul dan jawab samada perkara ini benar atau tidak.
“Dalam masa 24 jam setidak-tidaknya, menteri berkenaan hendaklah menjawab bahawa (orang dalam) gambar (dan video) tersebut bukan dia,” kata Abdul Razak.
SABAK BERNAM: Pengerusi Gerakan Bangsa Nasional (GBN) Sabak Bernam, Abdul Razak Dato’ Mohd Ghazali, semalam memberi tempoh 24 jam kepada Dato’ Seri Azmin Ali untuk menjawab sekiranya benar beliau merupakan orang di dalam video yang tular di media sosial.
Dalam video berkenaan, seorang lelaki kelihatan melakukan seks oral terhadap seorang lagi indivdu yang dipercayai Azmin Ali berdasarkan raut wajahnya yang dikatakan seiras dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi berkenaan.
“Terdapat gambar-gambar yang diviralkan di media sosial (semalam) di mana perlakuan di luar tabii, di luar kemanusian, benda yang dilarang oleh Allah SAW telah berlaku. Saya harap perkara ini tidak benar.
“Kita minta Menteri Hal Ehwal Ekonomi, sebelum dia menjalankan tugas-tugas sebagai menteri yang menjaga ekonomi kami rakyat Malaysia, muncul dan jawab samada perkara ini benar atau tidak.
“Dalam masa 24 jam setidak-tidaknya, menteri berkenaan hendaklah menjawab bahawa (orang dalam) gambar (dan video) tersebut bukan dia,” kata Abdul Razak.
RUJUK SIDANG MEDIA PENUH DI SINI
Menurut Abdul Razak lagi, sekiranya Azmin merasakan tuduhan terhadapnya perlu dirujuk kepada pihak berkuasa ataupun dibawa ke muka pengadilan atas apa jua sebab, beliau harus bertindak segera dan tidak melengahkan masa lagi.
“Lakukan segera, kerana kami tidak mahu bernaung terhadap manusia yang bukan manusia.”
Terdahulu, Abdul Razak bersama-sama Pengerusi Bersama GBN pusat, Rosdzaman Dato’ Mohd Yusop, merasmikan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya anjuran bersama GBN Sabak Bernam dan Kumpulan Veteran UMNO di Dewan Istana Raja Sehari di Sabak Bernam.
Turut hadir Dato’ Mohd Yusof bin Abdul Latib, Pengerusi Veteran UMNO Sabak Bernam, Dato’ Dr Abd Rahman bin Bakri, Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam, YB Rizam bin Ismail, ADUN Sg Air Tawar (merangkap Ketua Pembangkang DUN Negeri Selangor) dan Tuan Jaafar bin Sidek, Setiausaha Persatuan Melayu Bugis Negeri Selangor.
GERAKAN BANGSA NASIONAL
