[VIDEO] Terkini: GBN lapor polis gesa Anwar disiasat isu RM90 juta

Anwar sepatutnya menyerahkan ‘bukti’ atau maklumat berkenaan isu RM90 million kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sumber (gambar): Utusan Online

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Gerakan Bangsa Nasional menggesa pihak polis menyiasat dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengetahui identiti pemimpin Pas yang dikatakan menerima dana RM90 juta daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pemberian UMNO.

Jumaat lalu, Ahli Parlimen Port Dickson itu dalam sebuah forum di Nilai, Negeri Sembilan mendakwa mengetahui jumlah dana yang diterima pemimpin Pas dan identiti penerima serta akan mendedahkannya dalam masa terdekat.


SUBANG JAYA: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Gerakan Bangsa Nasional menggesa pihak polis menyiasat dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengetahui identiti pemimpin Pas yang dikatakan menerima dana RM90 juta daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pemberian UMNO.

Jurucakapnya, Raggie Jessy Rithaudeen berkata, siasatan terhadap Presiden PKR itu perlu dilakukan jika dakwaan beliau benar kerana adalah satu kesalahan jika menyimpan atau menyembunyikan bukti kes.




Jelas Raggir Jessy, Anwar sepatutnya menyerahkan ‘bukti’ atau maklumat itu kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Bagaimanapun, beliau sewenang-wenangnya membuat pendedahan serta kenyataan kononnya mengetahui jumlah dana yang diterima pemimpin Pas dan identiti penerima.

“Jika betul, kita gesa polis siasat Anwar agar dapat menyerahkan ‘bukti’ tersebut serta menghentikan mengeluarkan kenyataan berkaitan isu ini,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis (IPD) Subang Jaya, di sini kira-kira pukul 4 petang tadi.

https://youtu.be/RuTgxT70NBs

Jumaat lalu, Ahli Parlimen Port Dickson itu dalam sebuah forum di Nilai, Negeri Sembilan mendakwa mengetahui jumlah dana yang diterima pemimpin Pas dan identiti penerima serta akan mendedahkannya dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, beliau berkata, pendedahan mengenai dakwaan wang RM90 juta disalurkan kepada Pas itu memerlukan masa kerana masih disiasat oleh SPRM.

“Saya ada maklumat khusus beberapa angka dan siapa yang dapat, saya sudah lihat akaunnya. Saya tidak akan sebut sekarang, beri tempoh sedikit, benda ini belum tutup,” katanya.

Loading...

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...