[VIDEO] TERKINI: PENYATUAN UMMAH BIARLAH MENYELURUH, BUKAN HANYA TERTUMPU PADA KERAJAAN ATAUPUN PEMBANGKANG

Rosdzaman menzahirkan harapannya agar parti-parti politik yang samada berpaksi kepada perjuangan Melayu-Islam ataupun berteraskan agama Islam menjurus ke arah permuafakatan perpaduan yang bersifat holistik. Sumber (gambar): TTF

Menurut Pengerusi Bersama Gerakan Bangsa Nasional (GBN), Rosdzaman Dato’ Mohd Yusup, apabila diceritakan perpaduan ummah, parti pemerintah mahupun pembangkang masing-masing berpegang kepada konsep penyatuan sesama mereka yang sefahaman politik dan bukannya secara menyeluruh.

“GBN tidak menyebelahi mana-mana parti politik. Tetapi kami menyambut baik sekiranya satu program penyatuan ummah yang benar-benar holistik dan ikhlas mahu menyatukan seluruh umat Islam di Malaysia diadakan,” katanya.

Rosdzaman menambah bahawa isu penyatuan ummah kerap timbul hanya bila satu-satu kelompok politik berada dalam keadaan kesempitan (video ucapan penuh di bawah).


Oleh: Sazali Yunus

SUBANG JAYA: Apabila diceritakan perpaduan ummah, parti pemerintah mahupun pembangkang masing-masing berpegang kepada konsep penyatuan sesama mereka yang sefahaman politik dan bukannya secara menyeluruh.

Demikian menurut Pengerusi Bersama Gerakan Bangsa Nasional (GBN), Rosdzaman Dato’ Mohd Yusup, yang turut menzahirkan harapannya agar parti-parti politik yang berpaksi kepada perjuangan Melayu-Islam dan agama Islam menjurus ke arah permuafakatan yang bersifat holistik, bukan politik.

“GBN tidak menyebelahi mana-mana parti politik. Tetapi kami menyambut baik sekiranya satu program penyatuan ummah yang benar-benar holistik dan ikhlas mahu menyatukan seluruh umat Islam di Malaysia diadakan,” katanya.


Saksikan ucapan penuh Rosdzaman di bawah

Rosdzaman turut menekankan pentingnya usaha penyatuan yang tidak berpandukan pada keuntungan politik.

“Pada ketika ini, kita lihat, apabila PPBM bercerita tentang penyatuan, UMNO dan PAS diseuru masuk seolah-olah PPBM satu-satunya parti politik yang berhaluan benar.

“Begitu juga UMNO dan PAS, di mana PPBM dijemput memasuki UMNO hanya sebagai retorik setelah Mahathir menyeru UMNO memasuki PPBM.

“Usaha penyatuan sebegini dilihat lebih bertujuan politik. Saya lihat tidak ada ‘synchronization’, tidak ada usaha yang benar-benar padu dan ikhlas.”

Rosdzaman menambah, isu penyatuan ummah kerap timbul hanya apabila satu-satu kelompok politik berada dalam keadaan kesempitan.

Turut hadir pada sidang media tersebut Pengerusi GBN Shah Alam, saudara Noris Sarbani dan Pengerusi Bersama GBN Pusat, Raggie Jessy Rithaudeen,

GERAKAN BANGSA NASIONAL

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...