Video tular: Timbalan Menteri memohon maaf, tertidur sebab makan ubat sebelum majlis

Menurut Pegawai Tugas Khas Farahiah Zubir, Timbalan Menteri Kerja Raya itu keletihan dan kurang sihat namun bagi memenuhi undangan jemputan beliau tetap hadir ke majlis tersebut. Sumber (gambar): Fail TTF

ۏيدياو تولر: تيمبالن منتري مموهون معاف، ترتيدور سبب ماكن اوبت سبلوم مجليس

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Ahli Parlimen Kuala Pilah Eddin Syazlee Shith memohon maaf susulan video tular yang menunjukkan beliau tertidur ketika berlangsungnya majlis Khatam Al-Quran dan Graduasi Huffaz di Palm Mall di Seremban, Negeri Sembilan semalam.

“Alhamdulilah pada majlis itu Datuk Eddin Syazlee telah meluluskan pemasangan penghawa dingin di Dewan Sekolah Menengah Sains Kuala Pilah dan menyumbang sedikit dana bagi membantu pihak sekolah memperoleh bas untuk kegunaan pelajar,” katanya ketika dihubungiBernama.

Video yang tular di media sosial hari ini menunjukkan Eddin tertidur di kerusi ketika namanya dipanggil oleh pengacara majlis bagi menyempurnakan program tersebut.


SEREMBAN: Ahli Parlimen Kuala Pilah Eddin Syazlee Shith memohon maaf susulan video tular yang menunjukkan beliau tertidur ketika berlangsungnya majlis Khatam Al-Quran dan Graduasi Huffaz di Palm Mall di Seremban, Negeri Sembilan semalam.

Menurut Pegawai Tugas Khas Farahiah Zubir, Timbalan Menteri Kerja Raya itu keletihan dan kurang sihat namun bagi memenuhi undangan jemputan beliau tetap hadir ke majlis tersebut.




“Untuk makluman Datuk Eddin Syazlee telah memohon maaf kerana tertidur pada acara tersebut. Beliau makan ubat sebelum ke majlis tersebut tetapi tetap menggagahkan diri untuk memenuhi jemputan.

“Alhamdulilah pada majlis itu Datuk Eddin Syazlee telah meluluskan pemasangan penghawa dingin di Dewan Sekolah Menengah Sains Kuala Pilah dan menyumbang sedikit dana bagi membantu pihak sekolah memperoleh bas untuk kegunaan pelajar,” katanya ketika dihubungiBernama.

Video yang tular di media sosial hari ini menunjukkan Eddin tertidur di kerusi ketika namanya dipanggil oleh pengacara majlis bagi menyempurnakan program tersebut.

Sumber:

WAJIB BACA:

Lim Guan Eng terkhilaf, DAP, Anwar pernah cuba runding dengan Kleptokrat baru-baru ini

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...