[VIDEO] “Zeti sendiri suruh derma RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun peribadi Najib”

Malaysian Digest

Konspirasi untuk memerangkap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu RM2.6 bilion dikatakan didalangi oleh bekas Gabenor BNM Tan Sri Zeti Akhtar Aziz serta Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

Ketua Pergerakan Malaysiaku Tanahairku Raggie Jessy menerusi sidang medianya semalam berkata, Zeti – menerusi kertas siasatan SPRM oleh Shukri ketika menjadi Penolong Pesuruhjaya SPRM pada 2015 – mengetahui dana RM2.6 bilion itu derma daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Malah Zeti didalam kertas siasatan itu mengakui mengenali identiti penderma tersebut.

“Yang paling penting sekali, kertas siasatan itu menunjukkan bahawa Zeti yang meminta atau mencadangkan supaya derma itu dimasukkan ke akaun peribadi Najib Razak,” kata Raggie.

Hadir sama didalam sidang media berkenaan, Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam.

RM2.6 bilion didalam akaun Najib selama ini didakwa ramai terutama kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebagai dana yang dicuri oleh syarikat pelaburan negara, 1MDB.

Najib dan kerajaan Arab Saudi berulang kali menyuarakan dana tersebut bukan daripada 1MDB dan menegaskan ianya merupakan derma kepada kerajaan Malaysia membanteras fahaman pengganas IS.

SPRM dibawah selian bekas Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad turut mengesahkan RM2.6 bilion tiada kaitan dengan 1MDB.

Pasca PRU14, Dzulkifli diarahkan meletakkan jawatan dan digantikan dengan Shukri yang telah membukan kertas siasatan baharu terhadap Najib Razak dan juga berkaitan 1MDB.

“Dan setakat ini Najib Razak sudah dipanggil untuk memberi disoal dan Rosmah Mansor juga sudah dipanggil untuk memberi keterangan tetapi sehingga hari ini (Ahad 24 Jun) Tan Sri Zeti belum lagi dipanggil.”

Raggie turut mempertikaikan kewibawaan Shukri selaku ketua kumpulan siasatan 1MDB berikutan pengakuannya selepas dilantik sebagai Pesuruhjaya SPRM mendedahkan dirinya telah diugut ketika menyediakan kertas siasatan 1MDB pada 2015.

“Itulah gambaran yang diberikan kepada rakyat,” kata Raggie menyatakan bahawa sepatutnya jawatan Pesuruhjaya SPRM disandang selain daripada Shukri kerana dibimbangi akan berlaku keadilan berat sebelah.

“Jadi dari situ, saya mengesyaki ada berlaku satu konspirasi antara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dengan Mohd Shukri Abdull untuk mengaibkan Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor,” tambahnya lagi.

Sumber: Malaysian Digest

Note: If everyone who likes our content helps fund it, it would help us bring more such content in the future. For as little as RM10, you can support The Third Force, and it only takes a minute. Click the donate button on the top right or follow the link HERE if you intend to make a contribution. Thank you.

Comments

Comments

Comments

Comments



Loading...