Wakanda dari filem Black Panther tersenarai sebagai ‘rakan niaga’ Amerika Syarikat

Dalam siri Marvel, Wakanda merupakan negara di Afrika Timur yang menjadi tempat tinggal adiwira, Black Panther. Sumber (gambar): The Guardian

Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) semalam menyenaraikan Wakanda sebagai rakan perdagangan bebas mereka walaupun ia merupakan negara fiksyen.

Jurucakapnya memaklumkan Wakanda telah disenaraikan secara tidak sengaja ketika ujian staf mereka dan ia sepatutnya tidak boleh dilihat umum.

Wakanda pertama kali muncul dalam komik Fantastic Four pada 1966 dan membuat kemunculan kembali dalam filem Black Panther yang merangkul Anugerah Oscar pada tahun lalu.

Difahamkan, senarai ‘pelik’ itu pertama kali dikenal pasti oleh jurutera perisian berpusat di New York, Francis Tseng yang mencari tarif pertanian


WASHINGTON: Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) semalam menyenaraikan Wakanda sebagai rakan perdagangan bebas mereka walaupun ia merupakan negara fiksyen.

Jurucakapnya memaklumkan Wakanda telah disenaraikan secara tidak sengaja ketika ujian staf mereka dan ia sepatutnya tidak boleh dilihat umum.




Ia turut menyenaraikan butiran barang dagangan antara kedua-dua negara termasuk ternakan seperti itik, lembu tenusu dan keldai.

Negara fiksyen itu bagaimanapun dikeluarkan tidak lama daripada senarai itu selepas media AS mempersoalkan tentang perkara terbabit hingga mencetuskan jenaka bahawa negara tersebut telah memulakan perang perdagangan.

“Jadi, adakah kita ada hubungan perdagangan bebas dengan Wakanda? Atau kita ada rundingan dengan Agrabah,” kata wartawan berpusat di Orlando merujuk kepada lokasi dalam filem Aladdin.

Dalam siri Marvel, Wakanda merupakan negara di Afrika Timur yang menjadi tempat tinggal adiwira, Black Panther.

Wakanda pertama kali muncul dalam komik Fantastic Four pada 1966 dan membuat kemunculan kembali dalam filem Black Panther yang merangkul Anugerah Oscar pada tahun lalu.

Difahamkan, senarai ‘pelik’ itu pertama kali dikenal pasti oleh jurutera perisian berpusat di New York, Francis Tseng yang mencari tarif pertanian

“Saya jadi keliru,” katanya kepada agensi berita Reuters.

Loading...

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...