
واكيل رعيت دعوا ڤنڠڬوهن ڤرليمين مڠاروت، راماي برتيكد اونتوق تروس حاضر اثنين اين
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang mengesahkan menerima notis penangguhan hari kelima Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang dijadualkan berlangsung 2hb Ogos, Isnin ini.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman ketika mengesahkan perkara itu di Twitter mempersoalkan kewajaran penangguhan itu dibuat.
“Sampai bila nak lari dari tanggungjawab?. Takut nak berbahas, takut nak jawab soalan.
“Buat apa semua Ahli Parlimen dapat vaksin awal?. Parlimen bukan alat politik PN (Perikatan Nasional). Stop with this nonsense!! (Hentikan perkara karut ini!),” katanya yang memaklumkan akan tetap hadir ke Parlimen Isnin ini.
Malaysiakini pula melaporkan bahawa Pakatan Harapan memutuskan untuk terus menuju ke parlimen Isnin ini agar ahli-ahli parlimen dari gabungan itu dapat melaksanakan tanggunjawab sebagai wakil rakyat.
PETALING JAYA: Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang mengesahkan menerima notis penangguhan hari kelima Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang dijadualkan berlangsung 2hb Ogos, Isnin ini.
Menurut Berita Harian, wakil rakyat terbabit turut memuat naik notis makluman penangguhan diterima mereka.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman ketika mengesahkan perkara itu di Twitter mempersoalkan kewajaran penangguhan itu dibuat.
“Sampai bila nak lari dari tanggungjawab?. Takut nak berbahas, takut nak jawab soalan.
“Buat apa semua Ahli Parlimen dapat vaksin awal?. Parlimen bukan alat politik PN (Perikatan Nasional). Stop with this nonsense!! (Hentikan perkara karut ini!),” katanya yang memaklumkan akan tetap hadir ke Parlimen Isnin ini.
Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng pula meminta Parlimen terus bersidang Isnin ini.
“Kehormatan Parlimen dinodai sekali lagi. Hentikan gimik ini dan biarkan Parlimen bersidang. Jangan biarkan demokrasi mati! Isnin. 10 Pagi. Kita #occupyparliament,” katanya.
Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abd Hamid, Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad dan Ahli Parlimen Pantai Dalam, Ahmad Fahmi Fadzil turut berkongsi surat pemakluman itu di media sosial.
Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa dalam kenyataan di laman sosialnya turut menjangkakan tindakan penangguhan itu.
Sementara itu, usaha Berita Harian mendapatkan penjelasan serta pengesahan mengenai notis penangguhan berkenaan daripada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, dua timbalannya, Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Datuk Seri Azalina Othman Said serta Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin, tidak berhasil.
Malaysiakini pula melaporkan bahawa Pakatan Harapan memutuskan untuk terus menuju ke parlimen Isnin ini agar ahli-ahli parlimen dari gabungan itu dapat melaksanakan tanggunjawab sebagai wakil rakyat.
THE THIRD FORCE
Disunting daripada laporan Berita Harian, Malaysiakini
WAJIB BACA:
