‘Waktu Mahathir Perdana Menteri, Husam Musa kaki bodek nombor satu’

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

“PH jatuh bukan kerana Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi kerajaan PH tumbang kerana sikap ‘tikam belakang’ Anwar Ibrahim dan pengkhianatan Muhyiddin Yassin”

Khairuddin Abu Hassan

Inilah perangai orang politik macam Husam Musa. Pendekatan politiknya hanyalah untuk salahkan orang lain saja.

Manusia semacam Husam Musa tak pernah muhasabah diri dan ‘cerminkan’ muka dia sendiri, tapi hanya gemar ‘menuding jari’ serta salahkan orang lain saja.

Apakah lambat melantik ahli Dewan Negara merupakan satu faktor yang boleh menjatuhkan kerajaan PH?




Ahli Dewan Negara bukan boleh mengundi di Dewan Rakyat untuk menentukan kedudukan seseorang Perdana Menteri.

Kalangan macam Husam Musa ini hanya ‘gila jawatan’ dan bila dapat jawatan takut nak tegur Perdana Menteri pada waktu itu kerana tak berani ambil risiko takut kalau-kalau menyinggung perasaan boss kemungkinannya mereka boleh hilang jawatan.

Inilah perangai politikus-politikus seperti Husam Musa.

Pada ketika Tun Dr Mahathir Mohamad jadi PM7 kenapa tidak buat teguran pada saat tersebut. Bila Tun Dr Mahathir Mohamad dah tak jadi Perdana Menteri baru nak cakap ‘itu dan ini’ tak betul.

Walhal pada ketika itu kerja Husam Musa hanyalah ‘membodek’ Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kalau boleh hari-hari Husam Musa nak jumpa Tun Dr Mahathir Mohamad di saat tersebut.

Sekiranya ikhlas Husam Musa harus buat teguran secara jujur di saat Tun Dr Mahathir Mohamad jadi Perdana Menteri Malaysia. Jangan tunggu sehingga tak berjawatan baru nak mempersalahkan orang lain!

Loading...

Bagi saya Husam Musa ini manusia dan politikus yang kurang cerdik. Pada kelazimannya mulut dia bercakap lebih pantas dari otaknya.

Kini barulah saya tahu kenapa dalam parti Amanah pun Husam Musa ini tidak popular.

Saya berani serta suka buat teguran pada pemimpin ketika pemimpin tersebut berkuasa. Apabila pemimpin tersebut sudah tidak berkuasa lagi buang masa saja kita nak ‘menuding jari’ untuk salahkan kepimpinannya di masa silam.

PH jatuh bukan kerana Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi kerajaan PH tumbang kerana sikap ‘tikam belakang’ Anwar Ibrahim dan pengkhianatan Muhyiddin Yassin.

Waktu itu mungkin Husam Musa banyak ‘tido’ dan ‘bermimpi’. Beliau tidak peka dengan perkembangan politik semasa di saat tersebut.

Anwar Ibrahim idaman Husam Musa hari-hari ‘baling batu sembunyi tangan’ untuk beri tekanan pada Tun Dr Mahathir Mohamad agar memberi laluan untuk dia jadi Perdana Menteri.

Tapi kesannya ialah membuatkan PH sendiri ‘rebah’ yang akhirnya mendorongkan Muhyiddin Yassin mengkhianati Tun Dr Mahathir Mohamad serta PH bagi membolehkan beliau jadi Perdana Menteri.

PH tumbang bukan kerana Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi disebabkan oleh perangai buruk Anwar Ibrahim serta Muhyiddin Yassin.

Bila Muhyiddin Yassin tarik keluar parti PPBM dari kerajaan PH; sudah pastilah atas dasar prinsip Tun Dr Mahathir Mohamad kena letak jawatan pada waktu itu.

Tun Dr Mahathir Mohamad amat berpegang erat pada prinsip, bukan macam Husam Musa!

Sekiranya Husam Musa tiada fakta dan tidak mampu nak buat pembacaan politik secara betul maka lebih baik beliau ‘duduk diam’ saja dari banyak bercakap yang semakin menyerlah kebodohannya.

Sesungguhnya, satu lagi faktor kerajaan PH tumbang adalah kerana terdapat ramai pemimpin-pemimpin ‘tak cerdik’ seperti Husam Musa yang tidak ikhlas berjuang tetapi perjuangan mereka hanyalah untuk kepentingan diri semata-mata.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...