
والاوڤون لاوتن راسمي، رومبوڠن انور ڬاڬل برتمو ڤوترا مهكوتا، ڤميمڤين كانن كراجأن عرب سعودي
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
Pada 22 Mac 2023, media melaporkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan melawat Arab Saudi selama tiga hari atas jemputan rasmi Putera Mahkota Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud, merangkap Perdana Menteri Arab Saudi.
Namun, lawatan Anwar sudah berakhir, dan berdasarkan perkembangan semasa yang dimuat naik oleh Anwar sendiri, tidak ada sebarang pertemuan dilaporkan antara Anwar dan mana-mana pemimpin yang mewakili kemuncak kuasa Arab Saudi, termasuk Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud.
Antara yang ditemui Anwar dalam lawatannya termasuk gabenor Jeddah, presiden Bank Pembangunan Islam, dan seorang pegawai Liga Dunia Islam.
“Tiada seorang pun daripada pemimpin ini mewakili kemuncak kuasa Saudi yang harus ditemui oleh mana-mana pemimpin kerajaan berpangkat tinggi untuk menjadikan lawatan mereka berbaloi.”
Pada 22 Mac 2023, media melaporkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan melawat Arab Saudi selama tiga hari atas jemputan rasmi Putera Mahkota Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud, merangkap Perdana Menteri Arab Saudi.
Menurut laporan, Anwar turut akan mengadap Penjaga Dua Masjid Suci dan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, serta Putera Mahkota Mohammed bin Salman.
Namun, lawatan Anwar sudah berakhir, dan berdasarkan perkembangan semasa yang dimuat naik oleh Anwar sendiri, tidak ada sebarang pertemuan dilaporkan antara Anwar dan mana-mana pemimpin yang mewakili “kemuncak kuasa Arab Saudi,” termasuk Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud.
TONTON: TAMPARAN KENCANG BUAT KERAJAAN MALAYSIA BILA PM, RAJA ARAB SAUDI TIDAK LAYAN ROMBONGAN MALAYSIA
Ini menimbulkan seribu satu persoalan, kerana amat aneh bila Putera Mahkota Arab Saudi tidak mampu meluangkan masa untuk bertemu dengan rombongan Anwar meskipun Mohammed dikatakan menjemput Anwar secara rasmi.
Sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin disambut di balai ketibaan oleh Mohammed sendiri, dan rombongan Malaysia berpeluang mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin kanan kerajaan Arab Saudi.
“Pertemuan dengan MBS (Putera Mahkota) akan menjadi acara kemuncak dalam mana-mana lawatan perdana menteri Malaysia, terutamanya jika ia dianggap sebagai lawatan rasmi,” kata bekas diplomat Malaysia yang berkhidmat di pelbagai ibu negara di Timur Tengah, sepertimana dilaporkan oleh Malaysianow.
Menurut laporan Bernama, pertemuan yang dijadualkan dengan Mohammed tidak berlaku kerana putera mahkota mempunyai perubahan rancangan menjelang bulan Ramadan.
Alasan ini agak mencurigakan, kerana mustahil pucuk pimpinan kerajaan Arab Saudi mengenepikan lawatan Perdana Menteri Malaysia atas apa jua sebab, melainkan faktor kecemasan, kesilapan penjadualan, masalah komunikasi atau perkara lain di luar kawalan.
Catitan Facebook Anwar menceritakan bagaimana delegasi Malaysia (merangkumi menteri dan pegawai kanan kerajaan) bertemu dengan warga Malaysia, kepala industri perniagaan, pihak Islamic Development Bank (IsDB) dan komuniti perniagaan Arab Saudi, antara lain.
Catitan ini mencadangkan tidak ada sebarang pertemuan antara delegasi Malaysia dengan mana-mana pemimpin yang mewakili “kemuncak kuasa Arab Saudi.”
Persoalannya, perlukah pucuk pimpinan kerajaan Malaysia hadir sendiri di Arab Saudi semata-mata untuk bertemu ahli perniagaan dan wakil industri, sedangkan pemimpin kanan kerajaan Arab Saudi tidak menunjukkan minat untuk hadir bersama dalam sebarang pertemuan?
Bukankah elok Anwar mengutuskan rombongan perniagaan dan industri ke Arab Saudi bagi bertemu rakan-rakan sejawat mereka di sana?
Semakan laporan media Arab Saudi menunjukkan negara itu kurang kesungguhan dalam membuat liputan mengenai lawatan Anwar.
Antara yang ditemui Anwar dalam lawatannya termasuk gabenor Jeddah, presiden Bank Pembangunan Islam, dan seorang pegawai Liga Dunia Islam.
“Tiada seorang pun daripada pemimpin ini mewakili kemuncak kuasa Saudi yang harus ditemui oleh mana-mana pemimpin kerajaan berpangkat tinggi untuk menjadikan lawatan mereka berbaloi,” kata diplomat yang sama.
“Wisma Putra dan kedutaan Malaysia perlu menjawab banyak persoalan sukar tentang bagaimana lawatan rasmi seorang perdana menteri memalukan dengan cara ini.”
RJ RITHAUDEEN
Dipetik dan disunting juga daripada laporan Malaysianow, Astro Awani
