
Khairuddin Abu Hassan
وان عزيزه ڤرلو ڬنتي انور سباڬاي ڤريسيدن ڤقر |
Amat tidak hairan bagi mana-mana orang ‘gila’ untuk bersikap aneh dan mengejar sesuatu yang ‘aneh’ tidak berpaksikan pada fakta yang hakikat.
Bagi saya Anwar Ibrahim seorang yang ‘sewel’ sebab itulah dia suka buat kerja-kerja ‘bodoh’ yang tidak praktikal serta tidak berteraskan kepada kebenaran.
Penghidupannya diselubungi hanya oleh penipuan dan pendustaan.
Hakikatnya, Anwar Ibrahim sudah tidak relevan lagi dalam lanskap politik tanahair, kerjaya politiknya penuh dengan tipu helah semata-mata.
Dia seorang yang tidak berkebolehan dari segenap segi. Cakap-cakap dia pun penuh dengan pendustaan.
Sebab itulah manusia songsang ‘berpenyakit aneh’ seperti Anwar Ibrahim ini hanya mampu menghuru-harakan senario politik tanahair saja.
Dia pakar ‘baling batu sorok tangan’ yang cukup mahir mengganggu-gugat kestabilan politik tanahair. Sifat ‘munafiknya’ ini saya terpaksa akui dia yang terbaik.
Selagi Anwar Ibrahim masih berpolitik maka selagi itulah keadaan politik negara akan jadi huru-hara.
Hidup Anwar Ibrahim hanya berangan hendak jadi Perdana Menteri saja. Demi untuk mencapai cita-cita rakus politiknya; Anwar Ibrahim sanggup menipu walaupun KDYMM Agong sekalipun.
Jikalau KDYMM Agong pun Anwar Ibrahim berani menipu apatah lagi kita masyarakat biasa ataupun rakyat marhaen?
Kegilaan Anwar Ibrahim ini amat luar biasa!
Cuba tanya Anwar Ibrahim mana dia ‘formidable and convincing numbers’ yang kononnya dia perolehi sokongan majoriti dari ahli-ahli parlimen untuk namakannya menjadi Perdana Menteri Malaysia?
Berpuluh kali dia menipu serta memperbodohkan rakan-rakan politinya serta keseluruhan rakyat Malaysia.
Namun, kita bersyukur setelah puluhan kali Anwar Ibrahim menipu serta memperbodohkan rakan-rakan politik dia; akhirnya parti DAP serta Amanah sudah mula hilang keyakinan dengan dia.
Sekurang-kurangnya yb lim guan eng dan yb mat sabu sudah mula menilai Anwar Ibrahim secara rasional.
Tuhan sudah membuka ‘pintu hati’ dan ‘pintu mata’ mereka untuk lihat kebenaran yang hakikat serta hakiki.
Tetapi bagi saya isu Anwar Ibrahim bukan soal politik tetapi ianya adalah persoalan aqidah agama islam semata-mata.
Pemimpin haprak dan ‘songsang’ seperti Anwar Ibrahim; Allah swt tidak akan mengangkat darjat serta memertabatkannya untuk menjadi ‘khalifah’ utama bagi memimpin ummah.
Mana-mana pemimpin politik yang menyokong Anwar Ibrahim adalah kalangan yang ‘naif,’ ‘kurang cerdik’ dan tidak berpegang pada aqidah agama Islam yang berteraskan kepada al-quran serta as-sunnah.
Penarikan diri saya dari menjadi ahli parti Amanah adalah kerana saya tidak mahu bertuankan kepada manusia ‘songsang’ dan ‘durjana’ ini!! Hukumnya haram.
Mana mungkin kita sebagai orang Islam nak bertuankan kepada seorang manusia ‘fasik’ yang bernafsu ‘songsang?’
Jangan letakkan agenda politik di atas pegangan syariat Islam secara tulen. Jangan sama sekali kita persendakan agama.
Singkirkan Anwar Ibrahim dari menerajui PKR, gantikannya dengan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk ambil alih semula teraju kepimpinan parti PKR.
Manakala lantik semula Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menerajui PH seterusnya bertindak sebagai ‘Ketua Pembangkang’ dalam parlimen.
Barulah PH akan dihormati seterusnya disokong secara ‘formidable and convincing’ secara tulen oleh keseluruhan rakyat Malaysia.
Biar Anwar Ibrahim ‘manusia songsang’ ini memilih atau berbalik kepada hobi ‘naluri anehnya’ tanpa siapa memperdulikannya lagi.
Ataupun, biarlah Anwar Ibrahim hanya menjadi seorang tokoh pemimpin hanya untuk memimpin semua penghuni di ‘Hospital Bahagia Tg Rambutan’.
Ini tempat yang paling baik buat ‘manusia sewel’ semacam Anwar Ibrahim.
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
